Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bursa Malaysia Akhiri Sesi...

KUALA LUMPUR - Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pagi, dengan indeks...

Goh-Shevon Teruskan Cabaran Malaysia...

KUALA LUMPUR – Pasangan beregu campuran, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai menjadi wakil...

SKoD KEMAS Bantu Penduduk...

KUALA NERANG : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan melaksanakan program Sahabat Komuniti...

Reputasi Roslan Shah Tercalar...

HOS terkenal Roslan Shah melahirkan perasaan kecewanya apabila pengasas produk kecantikan Qu Puteh,...

Empat Terkorban Serangan Bom Di Syria

DAMSYIK – Empat orang terkorban hari ini selepas pengebom berani mati yang memandu ambulans menyerang sebuah hospital dalam perang saudara yang merebak ke kampung halaman Assad buat kali pertama.

Serangan itu berlaku pada ketika Pertubuhan Syrian Observatory for Human Rights melaporkan bahawa tentera menghukum mati 48 orang termasuk 10 kanak-kanak awal minggu ini di sebuah perkampungan di utara.

“Seorang lelaki yang memandu ambulans sarat dengan bahan letupan memasuki kawasan letak kereta di hospital Qardaha. Seorang lagi lelaki dalam ambulans itu tapi tidak dapat dipastikan sama ada dia turut terbabit atau seorang tebusan.

“Empat orang maut dalam serangan itu,” kata Pengarah pertubuhan berkenaan, Rami Abdel Rahman.

Terdahulu, televisyen milik kerajaan melaporkan letupan berkenaan tetapi tidak memberikan butiran terperinci mengenai serangan itu.


Serangan itu adalah yang pertama melanda bandar sebelah barat negara itu sejak perang saudara meletus pada 2001 menyebabkan seorang jururawat, pekerja hospital dan dua askar terkorban.

Pinggir bandar Qardaha pernah diserang dengan roket manakala wilayah Latakia pernah menyaksikan beberapa pertempuran dahsyat.

Sebuah makam menempatkan kubur bapa Presiden Bashar al-Assad, Hafez dan abangnya, Bassil, terletak di Qardaha. – AFP

  • Lagi berita berkaitan:
  • Bom

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori