Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tambang Khidmat Tren Skypark...

PETALING JAYA - Tambang perkhidmatan tren Skypark Link dari stesen KL Sentral ke...

Hospital Tawau Amal Konsep...

TAWAU - Hospital Besar Tawau kini mengamalkan konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI) iaitu...

Op Noda: 24 GRO...

IPOH - Polis menahan 24 wanita warga asing dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan...

9 Pendaki Sesat Bukit...

GEORGE TOWN - Sembilan pendaki termasuk dua wanita yang dilaporkan sesat ketika mendaki...

Faktor Cuaca Punca Disneyland Shanghai Ditunda Buka

SHANGHAI – Gergasi taman tema hiburan terbesar dunia, Walt Disney dilaporkan terpaksa menangguhkan pembukaan secara rasmi Shanghai Disneyland sehingga separuh pertama tahun depan daripada jadual asalnya, iaitu pada hujung tahun ini.

Sumber industri yang rapat dengan agensi berita antarabangsa Reuters memberitahu, penangguhan tersebut disebabkan oleh beberapa pelan terbaharu di luar jangkaan untuk menambah baik lagi tarikan di kawasan taman bertema popular berkenaan.

Namun, ia juga susulan tinjauan yang dijalankan ke atas pengguna tempatan serta keprihatinan mengenai keadaan cuaca buruk akhir tahun ini sekali gus menyumbang kepada keputusan untuk menangguhkan pembukaan Shanghai Disneyland.

Taman tersebut dibina dalam kawasan peranginan Shanghai Disney Resort di daerah Pudong yang dianggarkan bernilai 25 bilion yuan (RM14.3 bilion) dengan keluasan 390 hektar iaitu tiga kali ganda lebih besar daripada jirannya, Hong Kong Disneyland.


Projek mega itu dibangunkan secara bersama oleh sebuah firma milik pemerintah China, Shanghai Shendi Group dengan usahasama Walt Disney Parks and Resorts, salah sebuah anak syarikat The Walt Disney Company dari Amerika Syarikat (AS).

Idea pembinaan taman rekreasi keluarga itu diumumkan sejak 2009 sebelum projek bermula 2011 dan ia tidak termasuk pembinaan dua buah hotel, kompleks beli-belah dan sebuah tasik bernilai 5 bilion yuan (RM2.8 bilion) yang turut dibina serentak.

Shanghai Disneyland bakal meliputi tiga taman berbeza dalam kawasan seluas 4 kilometer persegi iaitu Magic Kingdom, Epcot dan Animal Kingdom selain Enchanted Storybook Castle, mahligai ikon terbesar berbanding taman-taman Disney yang lain.

Sejak Disneyland yang pertama dibuka di Anaheim, California, AS pada 1955, taman tema itu berkembang ke Florida, AS pada 1971 sebelum membuka cawangan di luar negara iaitu di Tokyo, Jepun (1983); Paris, Perancis (1992) dan Hong Kong (2005). – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori