Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Wan Azizah Tidak Akan...

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail...

26,506 Saman Dikeluarkan Di...

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur mengeluarkan sebanyak 26,506 saman atas pelbagai kesalahan...

Malaysia-China Perlu Capai Persefahaman...

DEWAN Perniagaan Malaysia-China (MCCC) berharap Malaysia dan China dapat mencapai persefahaman berhubung projek...

Video Separuh Bogel Yang...

Video ini pasti mengundang curiga orang ramai bila menontonnya lagi-lagi video ini dirakam...

FB Memperkenalkan Fungsi Mewasiatkan Akaun Kepada Rakan

Facebook hari ini mengumumkan sebuah fungsi baru dinamakan sebagai “Legacy Contact”.

Fungsi baru tersebut membolehkan pengguna Facebook memilih individu lain bagi memadamkan akaun atau menguruskan akaun selepas mereka meninggal dunia.

Melalui fungsi ini, apabila pihak Facebook menerima info berkenaan seseorang yang telah meninggal dunia, mereka akan mengubah status akaun tersebut, sekaligus memberikan akses kepada penama pada “Legacy Contact”.

Penama tersebut boleh mengemaskini timeline pewaris, memberikan respon kepada permintaan rakan baru, dan pada masa yang sama mengemaskini gambar profil.

Namun, Facebook tidak memberikan akses untuk penama tersebut membaca mesej-mesej anda, ataupun mengemaskini status dan menulis dengan menggunakan akaun profil pengguna yang telah meninggal dunia.

Facebook dilihat memperkenalkan fungsi ini secara berperingkat kepada semua, dan mungkin ia akan mengambil masa beberapa minggu sebelum semua menerimanya.

fb.0.0Buat masa ini, Fungsi Legacy Contact ini diperkenalkan kepada pengguna di Amerika Syarikat terlebih dahulu.

Untuk menyemak sama ada akaun anda telah menerimanya atau sebaliknya, anda boleh ke halaman Settings > Security dan memilih Legacy Contact.


CEO Facebook, Mark Zuckerberg sememangnya seorang yang berfikiran ke hadapan.

Secara tidak langsung, fungsi baru ini membuatkan Facebook benar benar serius dalam menjadikan dunia internet seperti dunia sebenar dan ini salah satu cara mereka untuk kekal relevan di dalam pasaran.

Apa-apa pun, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat Tok Guru Nik Aziz dan Datuk Hazbullah Awang.-MYNEWSHUB.CC

Sumber: Guardian

Oleh: hzqahmd

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori