Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Sah Penyanyi ‘Gelandangan’ Itu...

BEBERAPA hari lepas kecoh di laman sosial tentang seorang gelandangan yang telah mencuri...

2 Lelaki Ditahan, Ganja...

GOMBAK - Dua lelaki tempatan yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah...

SPRM Buru Dua Individu,...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua lelaki, termasuk Muhammad Adlan Berhan...

Dibenarkan Pulang, Keadaan Siti...

SEMALAM, penyanyi Siti Sarah Raissuddin telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami tekanan darah...

Fenomena Hujan Luar Biasa Mungkin Berulang – Pakar

KUALA LUMPUR – Banjir buruk yang melanda negara tahun lepas dijangka berulang dengan lebih kerap serta lebih buruk ekoran faktor pemanasan global dan kehadiran fenomena Madden-Julian Oscillation (MJO), kata pakar Klimatologi dan Oseanografi Prof Dr Fredolin T Tangang.

Menurut beliau, ini kerana faktor perubahan iklim akibat pemanasan global merangsang fenomena itu semakin buruk.

Baru-baru ini, media melaporkan mengenai fenomena MJO atau lebih dikenali sebagai Ayunan Madden-Julian yang juga antara faktor hujan lebat luar biasa membasahi Malaysia.

MJO ialah elemen dalam keragaman iklim tropika yang berlaku sekali antara 20 hingga 60 hari, berbanding fenomena El Nino antara tiga hingga tujuh tahun sekali.

Ia adalah fenomena keragaman iklim berskala besar yang terjana akibat perubahan suhu di Lautan Hindi yang boleh mempengaruhi kelembapan atmosfera.

Namun, apabila MJO bertemu musim monsun timur laut (musim tengkujuh) dan angin luluran sejuk, ia akan menyebabkan kadar curahan hujan yang luar biasa.

Fredolin yang juga pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendedahkan sudah ada kajian yang menunjukkan bahawa peningkatan suhu dunia menyebabkan fenomena seperti El Nino, La Nina dan MJO akan meningkat kekuatan dan keragamannya.


“Ini bermakna pada masa akan datang kekerapan hujan ekstrem dan kemarau akibat fenomena ini di Malaysia akan meningkat,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurut beliau, laporan Sintesis kelima Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) pada November 2014, menyatakan bahawa kekerapan fenomena ekstrem dan kejadian iklim dikaitkan dengan perubahan iklim.

“Setiap satu darjah peningkatan suhu dunia, ia akan meningkatkan tujuh peratus kelembapan di atmosfera dan ini akan meningkatkan kekerapan episod ekstrem cuaca dan berkemungkinan lebih buruk daripada yang pernah kita alami tahun lepas,” katanya.

Fredolin menegaskan laporan IPCC turut menyatakan suhu purata dunia kini telah meningkat sebanyak 0.87 darjah Celsius sejak 100 tahun.

Beliau turut mengaitkan kajiannya terhadap kejadian banjir besar di Johor pada akhir 2006 yang berpunca daripada hujan luar biasa selain disebabkan oleh MJO.

Katanya, jika dilihat data cerapan taburan hujan yang berlaku di Johor hanya 29mm setiap sejam, namun apa yang berlaku di Kelantan pada 21 sehingga 24 Disember 2014 menunjukkan peningkatan taburan hujan kepada 35mm sejam disebabkan fenomena yang sama. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Hujan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori