Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pemandu Teksi Gembira Dapat...

KUBANG PASU - “Syukur kerajaan prihatin dengan nasib kami, bantuan ini saya akan...

LTTE: Simpati Pada Anggota,...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa simpati kepada pegawai dan...

Jangan Terpedaya ‘Turun Padang’...

KUALA LUMPUR - Pengundi kawasan Parlimen Lembah Pantai dinasihatkan tidak terperdaya dengan lakonan...

COVID-19: Kira-Kira 300 Juta...

PARIS - Penulan wabak COVID-19 memaksa hampir 300 juta murid dan pelajar di...

Firefly Lancar ‘FlyPremier’ Untuk Pengguna Sering Mengembara

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan jarak dekat Firefly melancarkan perkhidmatan terbaharu ‘FlyPremier’ untuk mereka yang kerap mengembara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ignatius Ong berkata FlyPremier antara lain membolehkan penumpang menikmati satu pertukaran penerbangan secara percuma, tambahan 10kg elaun bagasi, akses ke Firefly Biz Zone di Terminal Subang Skypark dan pilihan tempat duduk bebas.

Perkhidmatan itu boleh ditempah menerusi laman web Firefly dua jam sebelum penerbangan berlepas, katanya dalam satu kenyataan.

Ong berkata sempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina, Firefly juga menawarkan tiket sehala RM68 untuk semua destinasi domestiknya.


Tempoh perjalanan adalah antara 26 Jan dan 24 Okt yang promosinya bermula 26 Jan lepas dan berakhir 8 Feb ini.

Tiket penerbangan sehala untuk destinasi antarabangsa seperti Medan, Batam, Pekanbaru, Singapura, Koh Samui dan Krabi ditawarkan pada harga bermula RM108.

Ong berkata pengguna digalak menggunakan perkhidmatan daftar masuk secara dalam talian dan web.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori