Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

2 Lelaki Gagal Ragut...

ALOR SETAR - Polis berjaya menahan seorang daripada dua lelaki yang cuba meragut...

Telur Jenama ‘Klasik’ Sah...

PUTRAJAYA - Hasil ujian Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) ke atas sampel telur jenama...

Lelaki Ditahan Bantu Siasatan...

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kebakaran melibatkan sebuah...

ECRL Mungkin Kembali Ke...

KUANTAN – Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) boleh dikatakan projek berliku kerana pernah...

GAMBAR: Sang Bedal 4.75 Meter Ditangkap Di Miri, Sarawak

SELEPAS dua hari bertarung, akhirnya seekor buaya gergasi sepanjang 4.75 meter berjaya ditangkap Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) Sarawak Forestry Corporation (SFC).

Sebelum ini, hidupan liar itu menjadi buruan kerana mensasarkan haiwan ternakan penduduk sekitar sebagai santapannya.

Dalam satu kenyataan beberapa hari lalu, pihak SFC berkata, reptilia yang menghuni Sungai Buri, Marudi itu membuatkan penduduk ketakutan setelah memunculkan dirinya beberapa kali.

image

1509689_1443999575701742_6188212470841665726_n (1) 1509844_1443999629035070_5525671394318892198_n (1) 10563017_1443999589035074_8526840311987888869_n (1) 10968494_396540630522069_169203120501390983_n

Menurut pihak berkuasa itu lagi, buaya gergasi tersebut bakal dipindahkan ke Bernaya Crocodile Farm, di Kuala Baram.


“SCF sedang berusaha mewujudkan Zon Bebas Buaya di kawasan yang mempunyai populasi penduduk yang tinggi atau di mana potensi untuk berlaku konflik antara manusia dan buaya adalah tinggi.”

Dalam pada itu, perbadanan itu memohon agar penduduk mengambil langkah berwaspada semasa memasuki kawasan yang berkemungkinan menjadi habitat haiwan liar, antaranya sungai.

“Mereka harus ingat bahawa kawasan berkenaan adalah habitat hidupan berkenaan dan kita merupakan ‘makhluk asing’ di habitat berkenaan.” -MYNEWSHUB.CC

Rakaman Video Buaya Sedang Mengejar Pelancong Yang Sedang Berenang

https://www.youtube.com/watch?v=OdUYZycS06w

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori