Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

‘Keluarga Kami Orang Susah...

TIDAK dapat dinafikan bahawa memilih kawan adalah penting dalam kehidupan kerana ianya boleh...

Tisu Tandas Tentera Hitler...

SEGULUNG tisu tandas yang dipercayai pernah digunakan ketika era pemerintahan tentera Nazi di...

Cubaan Bunuh Diri Gagal,...

SEORANG wanita China yang cuba membunuh dirinya dengan terjun ke dalam sebuah sungai...

100 Ejen Berdaftar Pos...

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Pos Malaysia serta syarikat-syarikat telekomunikasi...

Gadis 14 Tahun Dipercayai Dibiayai Lelaki Di Kuala Lumpur

REMAJA perempuan berusia 14 tahun yang ditahan kerana disyaki mahu menyertai militan IS di Syria dipercayai dibiayai oleh seorang lelaki di Kuala Lumpur.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasata awal mendedahkan gadis itu yang berasal dari Muar, Johor menerima kira-kira RM2,000 daripada lelaki itu.

Wang itu akan digunakan untuk menempuh perjalanan ke Syria.

BACA – Remaja Perempuan Mahu Lanjut Pelajaran Di Madrasah

“Dia terima RM2,000, tiket kapal terbang dan dalam perjalanan untuk meninggalkan negara ini dengan alasan melanjutkan pengajian di Mesir.

“Kami dalam proses untuk mengenal pasti pembiaya terbabit,” kata Ayob Khan memetik laporan Mstar Online.

Beliau berkata, pihak Bukit Aman turut menyiasat adakah lelaki berkenaan turut mempunyai maklumat tentang agenda IS serta menyokong kumpulan pengganas itu.

Polis juga menyiasat sama ada gadis itu turut menerima tajaan daripada sumber lain serta adakah lelaki itu turut membiayai bakal militan lain.

“Gadis itu terpengaruh untuk menyertai IS November lalu selepas berhubung dengan anggota kumpulan itu menerusi Facebook.

“Kami juga cuba untuk mengenal pasti rakyat Malaysia yang bakal dikahwininya di Mesir. Kami mahu memastikan kesahihan perkara ini atau ia hanya untuk menutup cerita sebenar pemergiannya ke sana,” katanya.


Gadis itu sedang ditahan di sebuah Pusat Tahanan Juvana yang terletak di Jinjang, Selangor.

Ayob Khan berkata, seramai keseluruhan tujuh orang wanita Malaysia telah ke Syria dan tujuh berjaya ditahan sebelum berlepas ke negara itu.

Gadis belasan tahun itu ditahan pada 7.30 malam, Selasa sebelum menaiki pesawat ke Kaherah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang.

Remaja itu dikatakan merancang untuk menikahi pelajar lelaki berusia 22 tahun di Kaherah sebelum kedua-duanya ke Istanbul dan meneruskan perjalanan ke Syria.

– MYNEWSHUB.CC

Video Militan Rakyat Malaysia Di Syria

http://youtu.be/ZTdOkbP0s-E

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori