Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Guan Eng Tuduh Malaysia...

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP bersikap melampau apabila mendakwa kononnya terdapat rakyat Malaysia...

Isu TPPA: Malaysia Berjaya...

KETIKA ada pihak tertentu cuba memutar belit fakta konon Malaysia 'menggadai' maruahnya menerusi...

Remaja Dirasuk Selepas Terima...

DUA remaja yang berusia 13 dan 16 tahun dikatakan telah `dirasuk’ selepas menerima...

Patuhi Temu-Janji Imunisasi Anak...

MESEJ Minggu Imunisasi Sedunia: Jangan biarkan ketakutan terhadap COVID-19 mendedahkan anak anda kepada...

Gadis Dirogol Dalam Kereta Pada Ulang Tahun Kelahirannya

Ternyata ulang tahun kelahiran ke-23 seorang gadis mencatat detik hitam dalam hidupnya apabila dia diperkosa oleh seorang rakan lelaki di Kuching, kelmarin.

Dalam kejadian tersebut, gadis yang bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah hotel bajet itu menaiki sebuah kereta bersama suspek yang dikenali sebagai James sekitar jam 4.30 pagi, memetik laporan The Borneo Post.

Tiba-tiba, suspek memberhentikan keretanya di tepi jalan berhampiran Kampung Tabuan Dayak atas alasan kereta tersebut mengalami masalah.

Dia kemudian meminta mangsa yang ketika itu berada di tempat duduk belakang supaya beralih ke tempat duduk pemandu dan menghidupkan enjin.

Sebaik sahaja mangsa menuruti permintaannya, suspek terus memegang dan memaksanya melakukan hubungan seks.


Mangsa kemudiannya diarahkan supaya beredar dari lokasi itu dan suspek menyuruhnya pulang menaiki teksi.

Suspek turut mengugut mangsa supaya tidak memberitahu sesiapa mengenai kejadian tersebut.

Bagaimanapun, mangsa terus membuat laporan polis dan kes itu sedang dalam siasatan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Elza

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori