Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Dua Anggota Maritim Malaysia...

LAHAD DATU - Dua anggota penguat kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim...

Tipu Projek Banglo RM6...

KUALA LUMPUR - Kes projek banglo mini kini semakin panas apabila aktor kacak...

Agong Terima Watikah Pelantikan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini...

“Syukur Dah Ade Air,”...

GANGUAN bekalan air selama enam hari yang melanda di sekitar Lembah Klang sememangnya...

‘Gadis Minyak’ Tak Menikah Lagi.. Tunggu UMNO Mati Pulak

Mynewshub.cc sebelum ini menulis laporan berkaitan seorang gadis yang melakukan protes sambil memegang sepanduk bertulis “Minyak naik, lambatlah gua menikah,” dengan pertanyaan, “adakah dia sudah menikah?”

Ia berikutan penurunan harga minyak yang kini sudah jatuh jauh sehingga ke paras RM1.70 bagi petrol jenis RON95 manakala hanya RM2 bagi petrol jenis RON97.

Di laman Twitter, pelbagai soalan turut diajukan kepada gadis itu yang menggunakan akaun @MelatiRahim berikutan harga minyak kini sudah murah.

MENARIK – Harga Minyak Dah Turun, Adik Ni Dah Menikah Ke?

Pertanyaan semuanya sama iaitu, bila dia akan berkahwin?

Bagaimanapun, dengan yakin Melati hari ini menjawab pertanyaan itu dengan kata-kata yang lain pula iaitu “Tunggu UMNO mati”.

Rupa-rupanya, Melati adalah penulis kepada novel bertajuk “Pelacur Kelas Pertama” yang mengisahkan tentang seorang wanita bernama Syuhada, seorang isteri yang tersepit antara keinginan keluarga dan kehidupannya bersuamikan seorang syaitan.

Melati sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila menjadi wanita memakai purdah pertama yang menjadi ahli parti DAP pada September tahun lepas.

Ekoran itu beberapa penulis online mengecam perbuatannya sebagai seorang yang menggadai agama kerana sanggup menyertai parti yang terkenal dengan kontroversi perkauman itu.

Menurut Melati, perbuatannya hanya masuk parti itu tetapi bukan tukar agama.

MelatiRahim_2
Profil laman Twitter Melati Rahim

Bagi penulis, Melati cuma sebahagian daripada picisan mereka yang obses dengan perjuangan pembangkang yang sentiasa menyemai kebencian kepada kerajaan pusat pimpinan parti UMNO dan Barisan Nasional (BN).


Doktrin ‘harga minyak perlu turun’ sebagai sebab untuk menikah hanyalah satu selindung bagi menyembunyikan hasrat sebenar iaitu mahukan UMNO berkubur dan memberikan laluan kepada muafakat tidak berdaftar Pakatan Rakyat (PR) memerintah Malaysia.

Jelaslah, apabila harga minyak turun kerajaan BN segera melaksanakan sistem apungan terkawal bagi membolehkan rakyat menikmati harga terbaik bagi bahan bakar itu.

Tetapi bagi Melati, ia hanya menambah kebencian ekoran matlamat paling besar menyaksikan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tumbang belum lagi tercapai.

Penurunan harga minyak hanya mencetus kebencian selepas hasutan kononnya harga petrol naik angkara kerajaan sebenarnya terbukti bohong, kerana harga minyak ditentukan oleh pasaran minyak mentah.

ATAU MUNGKIN MELATI NI MEMANG TAK LAKU TAK? SEBAB TU TAK KAHWIN-KAHWIN LAGI..? SEKADAR BERTANYA…

- MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Luahan Orang Ramai Harga Minyak Turun, Harga Barang Kekal

http://youtu.be/1r7wQbsh7WI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori