Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

Anwar ‘Kencing’ Tun M:...

LAZIMNYA dalam sains politik, apa-apa perbuatan waima tidak sengaja atau mungkin dibuat secara...

Persediaan Hari Kebangsaan Di...

KUALA LUMPUR - Persediaan sempena sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka tahun ini...

Transaksi RFID Di 10...

KUALA LUMPUR - Transaksi tol menerusi Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) Touch ‘n Go...

Warga Emas Maut Motosikal...

KAMPAR - Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya dilanggar sebuah...

Gambar Aksi Pasangan Gay Menang Photo Of The Year

GAMBAR yang memaparkan aksi pasangan gay dari Rusia hasil bidikan jurufoto dari Denmark, Mads Nissen telah memenangi anugerah World Press Photo of 2014, baru-baru ini.

Foto tersebut memenangi tempat pertama bagi kategori gambar isu kontemporari sekali gus memenangi hadiah utama bagi pertandingan foto tersebut yang diadakan pada saban tahun.

Gambar yang dirakam Nissen itu merupakan siri rantaian gambar berjudul Homophobia di Rusia, yang mana memaparkan kisah kepayahan dan penderitaan komuniti LGBT di sana, lebih-lebih lagi selepas negara itu meluluskan undang-undang anti gay pada 2013.

Menurut Nissen, gambar itu diambil untuk menerangkan kepayahan pasangan sejenis menjalani kehidupan seharian di negara terbabit yang mana komuniti itu sering kali berhadapan masalah diskriminasi, gangguan seksual serta keganasan dan kebencian masyarakat terhadap mereka.

Juri The World Press mengatakan mereka mencari satu imej yang sangat bermakna serta membawa maksud cukup mendalam berkaitan hal kemanusiaan yang disampaikan dalam cara yang cukup berseni dan menarik.

Ternyata, foto yang dibidik Nissen menepati kriteria tersebut sekaligus dinobatkan sebagai pemenang Photo of the Year 2014! – MYNEWSHUB.CC


Oleh:  JULIANA JOHAR

Video Foto-Foto Yang Ambil Bahagian Dalam Pertandingan World Press Photo

https://www.youtube.com/watch?v=eMHTanSaVs0

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori