PERLAWANAN Piala Sumbangsih yang berlangsung pada Sabtu menyaksikan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya menewaskan Pahang dengan keputusan 2-0.
Namun, di sebalik kejayaan itu, ia turut dicemari kontroversi apabila foto sekumpulan penyokong JDT merentang banner anjing memakai sut berlambang Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tersebar di laman sosial.
Justeru, ramai pengguna terutamanya di kalangan penyokong Pahang meluahkan rasa tidak senang dengan tindakan tersebut yang disifatkan mereka sebagai agak keterlaluan.
Foto tersebut juga mendapat perhatian Tengku Puan Pahang yang juga isteri kepada Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menerusi akaun Instagramnya:
Pada hemat kami, banner anjing tersebut merupakan simbolik luahan tidak puas hati para penyokong tersebut kepada kepimpinan FAM yang dikatakan menjadi penyebab kepada mutu bola sepak Malaysia yang tidak memberangsangkan.
Sejujurnya, kami tidak menyokong mana-mana pihak, namun penggunaan anjing pada banner tersebut mungkin agak keterlaluan dan tidak sesuai dengan budaya masyarakat kita.
Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan mahupun tindakan daripada pihak FAM mengenai perkara tersebut.
Apapun, kita tunggu dan lihat sahaja nanti… – MYNEWSHUB.CC
Oleh: Elza