Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pil Kenyang Kurang Nafsu...

CANGGIH... Sekumpulan saintis yakin 'pil kenyang' akan tembusi pasaran dalam tempoh lima tahun...

Kejayaan MAS Memerlukan Pengorbanan...

KUALA LUMPUR - Setelah kerajaan dan rakyat mengizinkan 'pengorbanan' berbilion ringgit untuk memulihkan...

Hanya 648 Pekerja Bangladesh...

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menafikan dakwaan kemasukan 80,000 kuota...

2 Panel Khas SPRM...

PUTRAJAYA - Dua panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada keraguan dalam...

Gambar Ibu Dakap Jasad Anak Putus Kepala Bukan Di Kedah

ALOR SETAR – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menafikan gambar-gambar kemalangan ngeri melibatkan seorang kanak-kanak perempuan yang tersebar dalam laman sosial (gambar di atas) berlaku di Jalan Jeniang-Gurun petang semalam seperti didakwa.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM negeri, Penguasa Bomba Nur Hafizah Mohammad Lukman berkata gambar kemalangan ngeri membabitkan kanak-kanak itu dipercayai berlaku di luar negara.

Beliau berkata kejadian kemalangan petang semalam di jalan terbabit melibatkan kematian dua lelaki tempatan berumur 23 tahun dan 30-an yang berada dalam kenderaan jenis Proton Wira.

Wanita yang memandu kenderaan jenis Mitsubishi Triton yang terbabit dalam kemalangan itu berjaya keluar menyelamatkan diri sebelum kenderaan itu terbakar, katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


“Perbandingan gambar yang diambil oleh anggota JBPM dan gambar yang tersebar dalam laman sosial berbeza dari segi lokasi dan keadaan jalan raya seperti keadaan bahu jalan bertanah merah, manakala bahu jalan tempat kemalangan petang semalam berumput hijau,” katanya. – BERNAMA

Jika gambar di atas si ibu mendakap jasad anak perempuanya, gambar bawah pula si bapa memegang kepala anaknya.... doa kepada Allah SWT kita tidak melalui situasi seperti ini...
Jika gambar di atas si ibu mendakap jasad anak perempuanya, gambar bawah pula si bapa memegang kepala anaknya…. doa kepada Allah SWT kita tidak melalui situasi seperti ini…

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori