Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Bayi Lelaki Miliki Empat...

KAMPALA, Uganda - Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan dari sebuah perkampungan di...

Najib Pengerusi Mesyuarat Dewan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini mempengerusikan...

Lelaki Ditemui Mati Berlumuran...

KLANG - Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah...

Siasatan Kes Pelaburan Jual...

KUANTAN - Polis menyifatkan siasatan kes penipuan pelaburan jual beli minyak sawit mentah...

GAMBAR: PM, Hishammuddin Dan KJ Teliti Transformasi PLKN

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini memberikan taklimat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Khairy dan Hishammuddin kedua-duanya memuatnaik gambar yang sama di laman Twitter sebentar tadi.

Perbincangan berkenaan diadakan di pejabat Perdana Menteri di Putarajaya.

BACA JUGA – PLKN Sesi 2015 Ditangguh Untuk Jimat RM400 Juta

PLKN ketika ini sedang ditangguhkan selepas diumumkan oleh Najib baru-baru ini dalam usaha merangka semula program berkenaan untuk penambahbaikan.

Selain itu, Najib berkata penangguhan itu membolehkan kerajaan menjimatkan kira-kirA RM400 juta.

Beliau pada ketika itu sedang memberikan ucapan berkaitan kedudukan ekonomi semasa negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).


PLKN merupakan program yang wajib diikuti oleh remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merangkumi beberapa modul dijalankan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) di bawah Kementerian Pertahanan.

Ia membabitkan modul latihan fizikal, kenegaraan dan khidmat komuniti dijalankan selama kira-kira tiba bulan di 80 buah kem di seluruh negara.

– MYNEWSHUB.CC

PLKN Ditangguhkan Untuk Sesi 2015 Beri Ruang Penambahbaikan 

  • Lagi berita berkaitan:
  • PLKN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori