Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Lelaki Ditemui Lemas Di...

MELAKA - Seorang lelaki ditemui lemas di Sungai Melaka, Jalan Bunga Raya Pantai...

Malaysia Tolak Keganasan Daesh...

ULAANBAATAR (Mongolia) - Malaysia menolak sebarang perlakuan keganasan dan jenayah ideologi yang dilakukan...

Polis Tembak Mati Geng...

BUKIT MERTAJAM - Polis menembak mati seorang anggota kongsi gelap dalam kejadian berbalas...

Ada Fakta Video Asri...

CHERAS - Beberapa fakta tidak tepat dikenal pasti menerusi video ditularkan pengasas Hot...

Rupa Samsung Galaxy S6 ‘Bocor’ Di Amazon?

VERUS, syarikat pembekal cengkerang bagi Samsung Galaxy S6 secara tidak sengaja telah membocorkan gambar peranti pintar tersebut melalui satu gambar promosi produk mereka yang disenaraikan di Amazon.

Produk tersebut merupakan sebuah cengkerang dwi lapisan yang dikeluarkan khas untuk telefon pintar itu.

Gambar tersebut menunjukkan seolah-olah Galaxy S6 mempunyai bingkai logam di sekeliling bucunya seperti telefon pintar siri Galaxy A.

Namun ia tidak pula menunjukkan bahagian belakangnya, jadi ada kemungkinan ia dibina menggunakan unibody logam.

Butang kuasa diletakkan lebih rendah di bahagian tepi peranti dan terdapat sebuah lubang pin di bahagian sisi bawah peranti pintar tersebut, dipercayai merupakan unit SIM dan kad Micro SD.

Dalam model Galaxy S sebelum ini, lokasi kad SIM dan Micro SD biasanya diletakkan di bahagian belakang peranti pintar di mana terdapat penutup yang boleh dibuka.


Perkembangan terbaru ini menunjukkan Samsung akan menggunakan rekabentuk unibody dan kemungkinan bahagian belakang Galaxy S6 tidak boleh dibuka untuk menukar baterinya.

Bagaimanapun, ini hanyalah render daripada pengeluar cengkerang dan tidak semestinya menggambarkan peranti sebenar.

Sama-samalah kita nantikan kemunculan Galaxy S6 ini.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori