Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

SKMM Diminta Sekat Perjudian...

KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) akan menggunakan kepakaran dan undang-undang...

Pelanggan Ramai Punca Aliff...

HEBOH di media sosial sejak semalam mengenai restoran milik pengasas kosmetik, Datuk Seri...

Beberapa Kawasan Di George...

GEORGE TOWN - Beberapa kawasan di sekitar George Town dilanda banjir kilat hari...

4 Individu Termasuk Pengarah...

PUTRAJAYA - Empat individu termasuk bekas presiden merangkap pengarah urusan sebuah bank bergelar...

Gambar Wanita Bertudung Suka Hindu, MAIS Diharap Siasat

SEMALAM, sempena perayaan Thaipusam beberapa keping gambar menunjukkan beberapa orang memegang sepanduk menunjukkan seperti satu semangat menyukai agama lain biarpun individu berkenaan menganut agama berbeza.

Satu gambar menunjukkan seorang wanita memakai tudung litup memegang sepanduk tertulis “Saya Muslim, saya sukakan Hindu,” dalam bahasa Inggeris.

Gambar berkenaan menjadi viral sejak dua hari lepas, dan masyarakat mengecam tindakan berkenaan seolah-olah satu cubaan untuk mewujudkan fenomena liberalisme agama di negara ini.

BACA JUGA – Kemeriahan Sambutan Thaipusam Pikat Pelancong

Kejadian itu difahamkan berlaku di Batu Caves, Gombak yang turut menempatkan Kuil Dewa Subramaniam.

Ia menjadi tumpuan jutaan penganut agama Hindu ketika perayaan sambutan Thaipusam.

Daripada gambar berkenaan, tertulis di atas sepanduk mereka nama sebuah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Young Interfaith Peacemaker Community Indonesia (YIPNC).

Daripada namanya, jelas NGO berkenaan dilihat mempromosi kepelbagaian kepercayaan agama tambahan di negara ini mempunyai kepelbagaian kaum dan bangsa.

Gambar itu juga menunjukkana ada daripada pengunjung yang dilihat tertarik dengan aktiviti itu dan merakamkan gambar mereka memegang sepanduk berkenaan.

Bagaimanapun, dalam Islam, ada peraturan jelas dalam merayakan atau menyambut apa-apa perayaan melibatkan agama selain Islam.

Kepelbagaian kepercayaan dalam keadaan mengikut amalan dalam agama lain juga tidak dibenarkan dalam Islam.


Selain sepanduk melibatkan penganut Islam, ada sepanduk yang tertulis “Saya Kristian dan saya sukakan Hindu,”.

ThaipusamSiasat_1

Justeru, ada gesaan daripada pengguna internet yang mahukan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melakukan siasatan berkaitan kejadian itu khususnya tujuan NGO yang dikatakan dari Indonesia tetapi dilihat menjalankan aktivitinya di negara ini.

Jika tidak dipantau, aktiviti sebegitu akan dilihat terarah kepada tersebarnya budaya plularisme agama yang mana seorang Muslim menganggap semua agama setaraf dan sama.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Aktiviti NGO, Young Interfaith Peacemaker Community Indonesia (YIPNC)

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori