ANUGERAH Academy ke-87 atau Oscar yang berlangsung semalam, menyaksikan kemenangan besar filem Birdman yang berjaya meraih empat trofi utama pada majlis berprestij itu.
Birdman memenangi anugerah utama Filem Terbaik, Sinematografi Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Pengarah Terbaik.
Lakonan hebat aktres Julianne Moore menerusi filem Still Alice pula menobatkannya sebagai Pelakon Wanita Terbaik manakala Eddie Redmayne, memenangi kategori tersebut bagi pelakon lelaki menerusi lakonannya dalam The Theory of Everything.
Bagaimanapun setiap kali majlis anugerah berprestij dianjurkan, bukan sahaja keputusannya yang dinanti-nantikan.
Para peminat pastinya tak sabar mahu melihat fesyen digayakan selebriti kesayangan mereka ketika menghadirinya selain mengamati selebriti mana paling berjaya mencuri tumpuan dengan penampilan hebat mereka.
Bagi Oscar kali ini, selebriti yang berjaya mencuri tumpuan dengan evening gown mereka ialah Jennifer Lopez dan Emma Stone hasil rekaan pereka terkenal, Elie Saab.
Gywneth Paltrow juga, kelihatan anggun menawan dengan busana Ralph & Russo begitu juga Reese Witherspoon yang menyarung persalinan hitam putih daripada Tom Ford.
Bukan sahaja selebriti wanita yang melaram sakan, selebriti lelaki pun tak mahu kalah apabila tampil kemas dengan suit pilihan masing-masing.
Apa pun, jom kita intai gaya selebriti-selebriti Hollywood gred A ini tatkala melangkah ke red carpet Anugerah Academy semalam. – MYNEWSHUB.CC
Oleh:  JULIANA JOHAR