Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

KKM Sedia Pertimbang Pelaksanaan...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mempertimbangkan cadangan pelaksanaan e-bazar Ramadan biarpun kerajaan...

AADK Saran Ambil Bekas...

KUALA LUMPUR - Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menyarankan agar badan bukan kerajaan (NGO)...

MT Orkim Harmony Telah...

KAPAL tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis lalu, dikesan berada di perairan...

Nicaragua Fail Kes Di...

THE HAGUE: Nicaragua memfailkan kes di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap Jerman kerana...

Biar Betul… Tesco Ada Jual Daun Ketum?

MENGEJUTKAN! Pastinya ramai tertanya-tanya betul ke pasar raya terkemuka Tesco menjual daun ketum?

Mana taknya, tumbuhan tersebut diketahui ramai dilarang pengambilannya kerana sering digunakan untuk tujuan khayal.

BACA: Bikin Panas!! Tesco Pamer Harga Lain, Bayar Harga Lain

Malah pada awal September 2014, Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengumumkan bahawa penyalahgunaan daun ketum bakal diwartakan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Secara logiknya, kalau benarlah Tesco menjual tumbuhan tersebut kepada pengguna maka mereka telah mencabuli undang-undang dan perlu dikenakan tindakan!

Ops, nanti dulu…sebenarnya pasar raya tersebut tidak melakukan penjualan daun ketum.

Gambar yang disebarkan hanya salah faham sahaja.

ketum (2)

‘Daun ketum’ berharga RM1.14 dalam resit di atas, sebenarnya singkatan daripada ‘daun ketumbar’.

Oleh kerana ruang yang disediakan untuk ejaan nama item terhad, maka perkataan ‘ketumbar’ terpaksa dipendekkan menjadi ‘ketum’ sahaja.


Fuh, ingatkan betul-betul…

Boleh dikatakan ini lebih kurang serupa dengan kes kopitiam Old Town yang dituduh menjual hidangan bersumberkan babi setelah resitnya memaparkan perkataan ‘pork’ tersebar, baru-baru ini.

BERKAITAN: Penjelasan Old Town White Coffee Mengenai Isu Tofu Pork

oldtown-1

Namun, pihak Old Town kemudiannya membuat penjelasan bahawa kopitiam tersebut tidak menjual mana-mana hidangan bersumberkan babi dan ini merupakan kesalahan ejaan pada resit sahaja.

Pengajarannya, pihak peniaga harus memastikan ejaan yang tertera di resit dikeluarkan syarikat mereka dieja dengan betul kerana silap hari bulan, pemiliknya bukan saja terpaksa menanggung kerugian diboikot malah lebih parah lagi mungkin ditahan untuk siasatan!

– MYNEWSHUB.CC

Hukum Minum Air Ketum – Ustaz Azhar Idrus

https://www.youtube.com/watch?v=TArGCvjTbs4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori