Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tukang Cat Kereta Didakwa...

KUALA LUMPUR - Seorang tukang cat kereta yang didakwa memiliki bahan berkaitan militan...

Blok Baharu PAS Gabung...

KHABARNYA blok baharu pembangkang yang diumumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan di...

“Sampaikan Salam Pada Kit...

KUALA LUMPUR - PAS tidak mahu terlibat dengan agenda individu tertentu yang mabuk...

Ahli Parlimen Kota Melaka,...

MELAKA - Empat pemimpin DAP negeri, termasuk Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him bertindak...

Golf Harus Jadi Sukan Rakyat – Najib

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu golf bukan sahaja menjadi sukan elit malah diperluaskan sebagai sukan rakyat yang boleh dinikmati oleh lebih ramai rakyat Malaysia.

Sepatutnya semua lapisan rakyat negara ini boleh bermain golf, kata beliau sambil berharap lebih ramai rakyat Malaysia muncul sebagai pemain golf terkemuka pada masa akan datang.

“(Dalam hal ini) saya ingin mengucapkan tahniah kepada Persatuan Golf Malaysia (MGA) kerana memulakan program bagi menggalakkan golf di peringkat sekolah dengan 11 buah sekolah kini mengambil bahagian dalam program ini.

“Saya memberi RM2 juta kepada MGA untuk mempromosi golf di peringkat sekolah dan saya bersedia menyumbang lebih banyak lagi pada masa akan datang,” katanya semasa berucap pada majlis penyampaian hadiah Kejohanan Golf Terbuka Maybank Malaysia 2015 di Kuala Lumpur Golf dan Country Club (KLGCC) di sini, hari ini.

Anirban Lahiri dari India menjuarai kejohanan itu dengan membawa pulang trofi dan AS$500,000 yang disampaikan Najib di lubang ke-18 lapangan golf KLGCC.

Mengenai kejohanan itu yang bermula Khamis lepas, Najib berkata ia menarik minat kira-kira 450 juta penonton di seluruh dunia untuk menyaksikan permainan yang amat menarik itu.


Najib turut mengucapkan tahniah kepada pemain golf negara Danny Chia yang muncul sebagai pemain terbaik Malaysia pada kejohanan itu dan Gavin Kyle Green yang dinobatkan sebagai pemain amatur terbaik kejohanan itu.

“Kita melihat semakin ramai pemain profesional Malaysia bersaing pada peringkat tertinggi pada masa akan datang,” katanya.

Najib juga memuji Maybank kerana menjadi penaja utama yang sangat baik sejak 10 tahun acara itu diadakan.

“Tahun ini, hadiah wang tunainya lebih banyak dan saya berharap ganjarannya menjadi lebih besar pada tahun-tahun mendatang,” kata beliau. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori