KUALA LUMPUR – Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Suhaizan Kayat mengakui perbelahan yang berlaku diantara pimpinan partinya dengan DAP waktu ini membingungkan penyokong pakatan rakyat.
Beliau mendakwa, senario perbalahan antara dua parti dalam pakatan rakyat itu juga membuatkan golongan muda mula berasa bosan dengan gabungan terbesar parti-parti pembangkang di negara ini.
“DAP marah PAS. PAS marah DAP. Rakyat bingung. Anak muda bosan. UMNO yang untung,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.
PAS dan DAP bertelagah berikutan rancangan PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan yang mendapat bantahan kuat parti DAP kerana mendakwa undang-undang hudud tidak terkandung dalam kerjasama pakatan rakyat.
Pertelagahan kedua-dua parti itu bertambah kuat apabila PAS pula membantah rancangan DAP untuk melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang dengan mendakwa pilihan raya itu boleh mengulangi tragedi rusuhan kaum 13 Mei.