Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Majlis Presiden PH Tak...

SHAH ALAM - Tiada rombakan Kabinet dibincangkan dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH)...

Barang Tak Sampai, Netizen...

LAZADA atau nama lainnya Ecart Services Sdn. Bhd. adalah sebuah laman web jualan...

Aliff Syukri Mengamuk Dilabel...

TIDAK keterlaluan kami katakan, populariti yang dikecapi pengasas produk kecantikkan dan penjagaan kesihatan D’Herbs, Datuk...

22 Diselamatkan Selepas Bot...

KOTA KINABALU - Dua puluh dua orang termasuk 12 pelancong dari China telah...

GST Tak Beri Impak Tinggi Kepada Harga Produk Kumpulan Habib

KUANTAN – Kumpulan Habib, syarikat barang kemas terkenal tempatan, akan terus menawarkan jualan semua produknya pada harga yang berpatutan meskipun dengan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) mulai April ini.

Pengarah Urusannya Datuk Meer Sadik Habib berkata pelaksanaan GST tidak memberi impak yang tinggi kepada harga produknya memandangkan ketika ini syarikat memiliki stok bahan yang mencukupi untuk produknya.

“Banyak orang memperkatakan pelaksanaan GST boleh meningkatkan harga sesuatu barang, namun penurunan kadar tukaran Ringgit Malaysia kepada dolar Amerika juga menyumbang kepada peningkatan tersebut.

“Bagaimana pun dengan stok yang mencukupi seperti emas, berlian dan batu permata berharga yang lain ketika ini, kami mampu mengekalkan harga seperti sekarang walaupun dolar Amerika meningkat sebanyak 20 peratus sejak kebelakangan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan serentak outlet Habib Jewels, Pandora dan Ice Watch di pusat beli belah East Coast Mall di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Urusan Pandora Malaysia, Datin Zarida Noordin dan Pengarah Cawangan Habib Kuantan, Yusof Chan.


Meer Sadik dalam pada itu berkata Kumpulan Habib mencatat nilai perolehan sebanyak RM500 juta pada tahun lepas dengan 20 peratus disumbangkan daripada pasaran Pantai Timur.

Pada majlis itu juga Meer Sadik turut melancarkan koleksi terbaharu Habib, dikenali sebagai ‘Bloom’ iaitu koleksi cincin berlapis yang dijual pada harga RM150 hingga RM200 sebentuk.

“Kita dapati minat terbaharu rakyat Malaysia kini sukakan konsep suai padan. Menerusi koleksi ini kami memperkenalkan kira-kira 1,000 jenis reka bentuk yang bersesuaian dengan pelbagai perayaan di negara ini,” katanya.

Meer Sadik juga turut melancarkan koleksi terbaharu ‘charm’ Pandora sempena perayaan Hari Valentine dan Tahun Baru Cina pada harga RM211 sebentuk. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • GST

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori