EKORAN kenyataan mahu pengguna Melayu memboikot peniaga Cina tamak supaya harga barangan diturunkan yang dilabel berbaur perkauman oleh pihak tertentu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerima ancaman bunuh.
Ancaman berkenaan ditulis di ruangan komen laman sosial Facebook oleh beberapa individu menggunakan tulisan Cina yang tidak berpuas hati dengan kenyataan beliau itu.
BACA JUGA – Ismail Sabri Lebih Tahu Sikap Peniaga Cina
Antara ancaman tersebut adalah mahu potong atau cincang tipis-tipis, selain menghina Melayu bodoh.
Kontroversi tercetus selepas Ismail Sabri menerusi status Facebook memberikan pandangan tentang tindakan yang boleh dijalankan pengguna selain pemantauan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggunakan Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan untuk menurunkan harga barangan.
Beliau berkata selaku pengguna majoriti, jika bangsa Melayu bersatu memboikot perniagaan yang dimonopoli oleh peniaga Cina yang menaikkan harga barangan tanpa sebab munasabah maka harga barangan dapat diturunkan.
“Bayangkan banyak kedai makan Cina yang tiada logo halal dan beberapa kali diserbu kerana status halal meragukan, Melayu masih berpusu-pusu di restoran tersebut sedangkan ada beribu restoran Melayu yang sah halal,” katanya dalam kenyataan itu.
Sementara itu, kebanyakan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu mempertahankan kenyataan Ismail Sabri itu dan menyifatkan ia cadangan terbaik untuk mendesak harga barangan diturunkan berikutan penurunan harga minyak mentah dunia.
– MYNEWSHUB.CC
92 Bahagian UMNO Tampil Pertahankan Kenyataan Ismail Sabri
https://www.youtube.com/watch?v=JDHgCY95HqY