Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Catat Sejarah Hitam Menteri...

KUALA LUMPUR – Malaysia Baru yang sering menjadi kebanggaan kerajaan Pakatan Harapan (PH)...

Syabas Wujudkan Pelan Kesiapsiagaan...

KUALA LUMPUR - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menyediakan pelan kesiapsiagaan...

Hubungan Malaysia-Singapura Sentiasa Berkembang

SINGAPURA - Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura yang baharu Datuk Zulkifli Adnan berharap...

Tunang Pemain Kriket Di...

SELEPAS berdepan dengan kecaman kerana perbezaan agama, akhirnya tunang kepada pemain kriket terkenal...

Harga Barang Perlu Relevan, Tidak Beban Rakyat

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu mengadakan perbincangan dengan persatuan pengguna, pemborong, pembekal dan peniaga bagi mencapai kata sepakat berkenaan harga barang yang relevan dengan ekonomi semasa.

Penganalisis Eknonomi, Datuk Prof Mohd Yusof Kasim berkata, perbincangan itu perlu meliputi kos pengeluaran, kos bahan mentah, tenaga dan pengangkutan, supaya harga barangan relevan untuk harga pasaran dan tidak membebankan pengguna.

“Jika selepas perbincangan, tetapi masih ada yang ingkar (harga masih tinggi), maka pengguna boleh mengambil tindakan sewajarnya secara berkumpulan supaya pengeluar terbabit boleh dikenakan tindakan,” katanya kepada Bernama.

Mohd Yusof yang juga Rektor Kolej Universiti Insaniah (Kuin) berkata, berikutan penurunan harga minyak dan keadaan ekonomi semasa ketika ini, para pembekal dan pemborong yang menurunkan harga barangan mereka pasti akan dapat meningkatkan lagi jualan mereka.

“Masa inilah pemborong dan pembekal barangan boleh bersaing bagi menarik pembeli membeli barangan mereka dengan tawaran harga yang lebih murah,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk Paul Selvaraj berkata, penguatkuasaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 perlu bagi membanteras keengganan peniaga menurunkan
harga barang.


“Peruntukan akta untuk kawalan harga memang sudah ada, namun pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan harus menguatkuasakan semula supaya pembekal dan peniaga dapat ikut peraturan yang telah ditetapkan.

“Jika tidak ikut akta tersebut, tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada mereka yang ingkar dengan arahan kementerian,” katanya.

Paul berkata, setakat ini sudah banyak aduan mengenai ketidakpuasan pengguna terhadap harga barang yang tidak turun.

“Apa yang Fomca dapat lakukan ialah mendesak kerajaan supaya menggunakan akta sedia ada dan mengambil tindakan terhadap peniaga yang sengaja mengaut keuntungan lebih.

Sementara itu, orang ramai yang ditemui, menyatakan sokongan mereka terhadap kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung isu boikot peniaga yang enggan menurunkan harga barang dan menjadi viral di laman sosial. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori