Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Maszlee Janji Jadikan TVET...

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan akan berusaha ke arah menjadikan bidang Pendidikan dan Latihan...

Penolong Pegawai Perubatan Rentung...

KUALA LUMPUR: Wanita yang rentung dalam kemalangan dua kereta di Kilometer 10.8 Lebuhraya...

Najib Berbuka Bersama Anggota...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berbuka puasa...

Jumlah Pesakit Malaria Di...

IPOH - Jumlah pesakit malaria di penempatan Orang Asli Pos Kemar, Gerik dijangka...

Harga Minyak Dijangka Pulih Pada Jun, Kata Daim

KUALA LUMPUR – Permintaan yang semakin meningkat dari China, India dan Afrika dijangka menaikkan harga minyak mentah kepada antara US$ 65-US$70 setong tahun ini dengan pemulihan diunjur pada Jun.

Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin bagaimanapun berkata, harga minyak mentah tidak akan kembali kepada US$100 setong sebagaimana sebelum ini, dan US$65 hingga US$70 sudah cukup baik bagi tahun ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar acara Siri Persidangan Affin Hwang Capital 2015 di sini hari ini.

Menurut Daim, penurunan harga minyak tidak dijangka dalam jangka panjang dan Malaysia akan dapat mengatasi cabaran yang berkaitan dengan keadaan itu.


Beliau berkata cabaran sekarang ialah untuk membuat keputusan dasar strategik dalam menghadapi ketidaktentuan dan tekanan.

Sementara itu, mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB), beliau berkata kerajaan perlu menjelaskan beberapa kekeliruan mengenainya.

Kira-kira 350 peserta menghadiri persidangan sehari itu yang menampilkan penceramah dari kalangan pembuat dasar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori