Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Rumah Awam Terengganu Perlu...

KUALA TERENGGANU - Semua Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) yang sudah siap dibina...

UMNO Diyakini Mampu Kembali...

JOHOR BAHRU - UMNO diyakini mampu kembali menjadi sebuah parti yang kuat sekiranya...

Akta Hasutan Bukan Untuk...

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 bukan bertujuan mengekang...

Sah Agong Tolak Pengampunan...

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Ketua Pembangkang,...

Harga Minyak Rendah Dorong Pembaharuan Subsidi Bahan Api

KUALA LUMPUR – Harga minyak yang rendah mendorong pembaharuan dalam subsidi bahan api di Malaysia (A3 positif), Indonesia (Baa3 stabil) dan India (Baa3 stabil), serta menyokong profil kredit negara, kata Moody’s Investors Service.

“Namun di Indonesia dan Malaysia, hasil kerajaan menerusi hidro karbon yang rendah akan menangani impak keuntungan bahan itu dalam imbangan bajet,” kata agensi penarafan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Harga minyak mentah susut lebih daripada separuh antara Jun 2014 dan Januari 2015, mencerminkan pengeluaran minyak yang lebih tinggi berbanding unjuran di Amerika Syarikat serta permintaan rendah dalam pasaran pesat membangun.

Naib Presiden Kanan, Atsi Sheth, berkata selagi harga minyak kekal rendah, kesan langsungnya positif kepada imbangan dagangan dan menurunkan inflasi di kebanyakan negara di Asia.

“Inflasi dan kos import yang lebih rendah seterusnya akan menyokong pertumbuhan dan meningkatkan keanjalan dasar monetari.


“Namun, peningkatan pertumbuhan mungkin diimbangi dengan pertumbuhan dunia yang lebih rendah serta ketidaktentuan kewangan antarabangsa pada 2015,” katanya.

Agensi penarafan itu menurunkan unjuran harga minyak mentah Brent kepada AS$55 setong sepanjang 2015 dan AS$65 setong pada 2016.

Walaupun ia menjangkakan harga minyak akhirnya akan pulih ekoran permintaan meningkat, dan harga rendah akan memenuhi kehendak bekalan, dengan pengeluar menurunkan perbelanjaan modal, permintaan bekalan ini tidak akan menjadi bermakna hingga sekurang-kurangnya pada 2016, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori