Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Aznil Naikkan Semangat Sukan...

MASIH lagi berkisar tentang majlis perasmian Sukan SEA 29 (KL2017) yang telah diadakan...

Hanya 35% Isi Maklumat...

KUALA LUMPUR - Setakat 21 Februari lalu kira-kira 10.45 juta atau 35 peratus...

Johan, Zizan Bakal Kembali...

SIAPA yang tidak kenal dengan kumpulan pelawak terkenal, Jozan yang dianggotai pelawak dan...

Persatuan Tinju Amatur Johor...

JOHOR BAHRU - Persatuan Tinju Amatur Johor mensasarkan pungutan dua pingat emas dalam...

Harga Minyak Turun.. Harga Barang Tak, Teori Rafizi Gagal

NAIB Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli hari ini ditempelak di laman sosial sebagai gagal apabila teorinya untuk menurunkan harga barang ialah dengan menurunkan harga minyak tidak berjaya.

Di laman Twitter, tersebar gambar yang menunjukkan kegagalan Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR dalam isu ini.

Gambar berkenaan turut dipaparkan dengan hashtag kritikan kepada Rafizi iaitu #RafiziTIPU #TeoriGAGAL dan #FAIL.

Rafizi_1

Dalam satu video yang dipaparkan di saluran YouTube beliau sendiri beliau berkata untuk harga barang menjadi rendah, harga minyak perlu diturunkan.

“Untuk turun harga barang, perlu turun harga minyak,” katanya.

Dalam video berkenaan, Rafizi berkata harga minyak yang ditetapkan tinggi akan menyebabkan kadar inflasi tinggi sekaligus menyebabkan kenaikan harga barang.

Video berkenaan dimuatnaik pada 16 Januari tahun lepas.

Pada ketika itu, desakan Rafizi agar harga minyak diturunkan ialah dengan bayaran subsidi oleh kerajaan tetapi pada ketika ini, harga minyak telah pun turun tanpa sebarang bayaran tambahan subsidi oleh kerajaan.


Pada Disember 2014, harga minyak RON95 diturunkan 4 sen, harga barang tetap tidak turun. Kemudian pada Januari 2015, harga minyak RON05 diturunkan 35 sen, tetapi harga barang masih sama.

Kini, pada Februari harga minyak RON95 diturunkan 21 sen tetapi harga barangan juga masih tidak diturunkan.

http://youtu.be/tvFpesSceUY

Secara jelasnya, sememangnya Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan telah gagal sekali lagi dalam merencanakan strategi ampuh untuk PKR yang kononnya menjuarai rakyat.

Sebelum ini, kegagalan Rafizi ialah pada ‘Langkah Kajang’ yang cuba menempatkan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor dengan memaksa satu pilihan raya kecil diadakan.

Hasil strategi itu, negeri Selangor menghadapi krisis perubahan kuasa Menteri Besar selepas Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak berkenaan melantik Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori