Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Dua Beranak Geng Pecah...

Kota Bharu - Polis Kelantan menahan lima lelaki termasuk dua beranak kerana terbabit...

7 Identiti Kru Kapal...

MUAR — Identiti tujuh daripada sembilan mangsa yang dipercayai kru kapal korek pasir...

Zul Huzaimy, Isteri Timang...

ALHAMDULILLAH, tahniah diucapkan kepada Zul Huzaimy yang baru sahaja selamat menimang cahaya mata...

KDN Tak Berkompromi Isu...

TAWAU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi tentang masalah disiplin dan...

Harimau Muda Kalah Kepada Indonesia

KUALA LUMPUR – Skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara tumpas 0-1 kepada skuad B-23 Indonesia pada aksi persahabatan di Stadium Gelora Delta Sidoarjo di Surabaya, Indonesia, hari ini.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan Paulo Oktavianus Sitanggang pada minit ke-36 pada aksi yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Indonesia, RCTI.

Perlawanan persahabatan tersebut adalah sebagai persiapan ketua jurulatih pasukan itu, Razip Ismail bagi menghadapi Liga Singapura 2015 awal bulan depan, selain pusingan kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B-23 2016 di Stadium Shah Alam dari 27 hingga 31 Mac ini.

Pada kejohanan Piala AFC itu, Malaysia diundi dalam kumpulan I bersama-sama Jepun, Vietnam dan Macau.


Skuad negara membuka kempen menentang Vietnam pada 27 Mac, Macau (29 Mac) sebelum menamatkan aksi peringkat kumpulan berdepan Jepun, dua hari kemudian.

Sebanyak 43 pasukan dari benua Asia bersaing pada pusingan kelayakan itu bagi merebut 15 slot ke pusingan akhir kejohanan yang bakal diadakan di Qatar pada Januari 2016. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori