Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Jamie Oliver Dijangka Tutup...

SELEBRITI Chef, Jamie Oliver dijangka menutup 12 restorannya, menjadikan 200 pekerjanya berisiko kehilangan...

MKN Sabah Hantar Balik...

SANDAKAN - Gerak kerja pengusiran intensif oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah membolehkan...

Masjid Perlu Jadi Sumber...

KUALA  LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah hari ini...

19 Individu Terlibat Judi...

KUANTAN - Polis menahan 19 individu termasuk seorang remaja kerana disyaki terlibat dalam...

Kelirukan Umat Islam, Jolly Shandy Perlu Tag ‘Non-Halal’

JIKA tidak hati-hati, banyak barangan yang terdapat di pasaran pada zaman ini boleh mengelirukan umat Islam yang menyangka ia halal buat mereka padahal ia mengandungi bahan yang diharamkan.

Salah satu daripadanya ialah minuman jenama Jolly Shandy.

Sehubungan itu, pertubuhan Kesedaran Pengguna Perak (Penyedar) menyarankan agar perkataan minuman keras ditulis di bahagian atas tin minuman jenama tersebut bagi mengelak berlaku kekeliruan di kalangan pengguna Islam.

Pengerusinya Asmuni Awi berkata notis amaran dan peringatan juga perlu diletakkan di rak-rak minuman agar pengguna peka serta memahami minuman jenis tersebut yang banyak dijual secara terbuka di pasar raya sekitar negeri ini tidak boleh diambil orang Islam.

“Semua pihak berperanan memberi maklumat dan informasi untuk mengelak kekeliruan bagi minuman atau makanan seperti ini. Adalah menjadi harapan agar semua pihak lebih sensitif dan peka berhubung isu pengguna ini.

“Kandungan sebenar minuman ini tidak dinyatakan dengan jelas, malah corak dan warna tin minuman tersebut seolah-olah tin minuman biasa yang berada di pasaran tempatan,” katanya, menurut laporan Rakyat Post.

Jolly Shandy merupakan minuman keluaran tempatan yang mempunyai campuran alkohol dengan perisa ringan lain seperti laici, kiwi, epal dan nenas.


Kandungan alkohol dalam minuman ringan itu ada dinyatakan pada tin tetapi ianya tersorok dan tidak jelas seperti tertera dalam gambar di bawah ini.

drinkss

Justeru, ia boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan pembeli termasuk kanak-kanak.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=1QRVOkAaY5s

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori