Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

250 Mat Rempit Dipaksa...

SEREMBAN - Lebih 250 penunggang motosikal terpaksa menolak kenderaan mereka sejauh 200 meter...

Elly Akui Payudara ‘Naik’...

BEKAS peserta Gegar Vaganza musim ketiga, Elly Mazlein telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya...

Ramadan Dan Tarawih Di...

1.8 blilion umat Islam meraikan Ramadan. Meski pun dalam etmosfera berbeza berdasarkan warna...

Pengisytiharan Darurat Diwarta

KUALA LUMPUR - Pengisytiharan darurat bagi menangani ancaman COVID-19 yang berkuat kuasa 11...

Helah… Gambar Kalimah Allah Di Awan Terbongkar!!

KETIKA berlangsungnya pengebumian jenazah bekas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebentar tadi, kecoh di laman sosial bahawa ada kepulan awan membentuk kalimah Allah di langit.

Kejadian itu dirakam menggunakan kamera telefon bimbit dan didakwa berlaku di rumah Allahyarham Nik Abdul Aziz di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.

Gambar itu mendapat pelbagai komen dan ulasan dari para warga internet. Ada yang kagum dan mendakwa ia sebagai tanda kemuliaan Allahyarham Nik Abdul Aziz yang diredhai Allah ditunjukkan dengan tanda-tanda sebegitu.

BACA – Sanjung Nik Aziz… Hati-Hati Jangan Sampai Rosak Iman 

Tidak kurang juga yang melarang orang Islam lain mempercayai perkara sedemikian kerana ia sebenarnya adalah satu perkara khurafat dan boleh merosakkan akidah umat Islam.

Rupa-rupanya di laman Facebook, sudah terbongkar gambar berkaitan kalimah Allah berkenaan adalah hasil suntingan memggunakan aplikasi suntingan gambar bagi mewujudkan seakan-akan ada kalimah Allah terhasil daripada awan berkenaan.

130215AwanNikAziz_1

Pengerusi Biro Pemuda IPT Pergerakan Pemuda UMNO Dr Fathul Bari Mat Jahya dalam kenyataannya kepada Mynewshub.cc hari ini sudah pun menyebut bahawa untuk kaitkan apa yang berlaku di persekitaran berkaitan si mati adalah salah di sisi akidah.


Gambar asal yang turut didedahkan tidak langsung menampakkan secara jelas awan berkenaan sebaliknya hanya pemandangan awan dan langit yang biasa.

Jenazah Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat Dikebumikan Di Kelantan

Tidak diketahui pihak mana yang bertindak membuat pada gambar tersebut dan apakah motif mereka menyebabkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai di internet.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori