Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pakistan Serah Senarai Fasiliti...

ISLAMABAD: Pakistan mengesahkan sudah menyerahkan senarai infrastruktur dan fasiliti nuklear di negara itu...

2017 Tahun Bertuah Buat...

KOTA BHARU - Tahun 2017 adalah tahun bertuah bagi Kelantan apabila bukan sahaja...

Usia Emas Tak Halang...

KUALA LUMPUR - Walaupun langkahnya agak perlahan, berjalan sedikit bongkok dek usia emas,...

Page, Brin Tinggalkan Syarikat...

CALIFORNIA - Larry Page dan Sergey Brin, pengasas bersama Google meninggalkan syarikat induk...

Ibu Mati Direjam Dengan Botol Arak

Sa Kaeo, Thailand – Polis sudah mengenal pasti sekumpulan remaja yang menyebabkan kematian seorang wanita selepas mereka ‘merejam’ mangsa dengan botol arak.

Jurucakap polis berkata, sekurang-kurangnya dua daripada remaja terbabit dikenali pasti – dikenali dengan nama panggila Ice dan Ble.

“Namun identiti sebenar mereka tidak boleh didedahkan kerana masih di bawah umur,” katanya semalam.

Dalam kejadian Selasa lalu, Ranjuan Jongrak, 40, terbunuh akibat dibaling botol arak.

Dia dan anak lelakinya, Aye, 19, serta saudara mereka dalam perjalanan pulang selepas menghadiri pesta buah epal tempatan kira-kira jam 1 pagi.

Ketika menunggu suami Ranjuan yang bekerja sebagai sukarelawan keselamatan di pesta itu, mereka tiba-tiba dihampiri 17 remaja menaiki trak pikap.

Mangsa kemudian dilontar dengan botol bir.


Ranjuan mengalami kecederaan parah di muka dan dikejarkan ke hospital, namun disahkan mati akibat pendarahan melampau.

Sumber berkata, tiga bulan lalu Aye terbabit dalam pergaduhan dengan sekumpulan remaja dan sekali lagi tiga hari sebelum kejadian.

Jurucakap polis berkata, semua suspek dinasihat hadir ke balai polis terdekat bagi memudahkan siasatan.

“Jika tidak, waran tangkap akan dikeluarkan,” katanya. – Agensi

https://www.youtube.com/watch?v=fYAElPEz6MQ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori