Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Bantuan Khas Aidilfitri RM500...

SHAH ALAM - Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500...

Puteri Sarah: Syamsul Bukan...

USIA perkahwinannya bersama pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof baru mencecah usia enam...

Pengasas Aurawhite Terbit Filem...

KUALA LUMPUR - Selepas kejayaan naskhah Pinjamkan Hatiku, pengasas produk kecantikan Aura White...

“Rumput Tak Selalu Lebih...

KUALA LUMPUR – Menyelar sikap sesetengah rakyat Malaysia yang sering merungut tentang negara...

Ibu Di New York Perlu Beritahu Jantina Mohon Sijil Lahir Anak

Kami yakin para ibu mengandung akan mengerutkan dahi jika ditanya apakah jantina mereka.

Yalah, kalau sudah mengandung, sah-sahlah perempuan, betul tak?

Tetapi, itulah yang perlu dijawab oleh para ibu yang mengisi borang permohonan sijil lahir anak mereka di Pejabat Kesihatan Bandar New York, memetik Mail Online.

Ibu Perlu Jelaskan Jantina Mereka Sebelum Mohon Sijil Lahir Anak

Yalah, zaman sekarang bukan setakat lelaki sahaja yang sanggup menukar identiti kepada wanita, tetapi juga sebaliknya seperti kisah Thomas Beatie yang hangat diperkatakan sebelum ini.

Thomas atau nama asalnya Tracy Lagondino merupakan ‘lelaki’ pertama dunia yang mengandung dan kini mempunyai tiga cahaya mata dengan menggunakan sperma penderma.


“Secara jelasnya, tidak ada masalah untuk individu yang melahirkan anak meletakkan status jantina ‘lelaki’ pada borang tersebut.

“Saya tidak ada masalah dengan borang yang menghormati hak individu dan tidak mempunyai niat merendahkan jantina seseorang,” ujar peguam yang mewakili golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), Susan Sommer.

Aduhai, itulah…elok-elok Tuhan dah tetapkan jantina, diubah-ubahnya pula sampai borang pun ada soalan tambahan yang sepatutnya tidak perlu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Elza

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori