Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

AKSEM Rampas Tenggiling, Sisik...

BUKIT KAYU HITAM - Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) mematahkan cubaan menyeludup 55...

‘DAP Dicabar Pecat Tony...

KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, dicabar mengambil tindakan tegas dengan...

MH370 Mungkin Sudah Sampai...

SYDNEY - Penemuan serpihan sayap pengemudi pesawat dipercayai kemungkinan besar milik MH370 di...

Kena Kurung 2 Minggu,...

BAGI menghasilkan biografi jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei bukanlah satu perkara...

Ibu Zizan Bengang Anaknya Digosip Dengan Pegawai Astro

KISAH cinta antara Zizan Razak dan Emma Maembong kembali menjadi topik hangat peminat hiburan apabila beberapa babak ‘drama’ dilihat menghimpit perhubungan mereka.

Anehnya, tiada angin tiada ribut … pelawak terkenal itu mula dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan seorang pegawai stesen Astro.

Paling mengejutkan, ada pihak mendakwa ibu Zizan, Anai Ibrahim merestui hubungan cinta itu hingga memuatnaik gambar mereka bersama dalam laman sosial.

Khabar angin yang sampai dicuping telinga ibu selebriti terkenal ini nyata mengejutkannya.

Bercakap kepada media, ibu Zizan meluahkan kekecewaan dakwaan tersebut dan menyifatkan anaknya menjadi mangsa fitnah pihak yang dengki dan iri hati.

Menurutnya, dia tidak pernah memberi sebarang hint sebagai tanda menyukai perempuan tersebut.

zizan

“Ibu muat naik banyak gambar (ibu dan Zizan) dengan perempuan lain tapi kenapa dia (pegawai stesen Astro) seorang yang jadi mangsa? Itu satu fitnah, pembohongan paling hebat.


“Ibu tak tahulah kenapa ada yang dengki dan iri hati dengan Zizan sampai sanggup buat cerita macam itu? Sedangkan tuduhan itu semuanya penipuan semata-mata.

“Ibu nak jelaskan ibu tak pernah buat macam itu (muat naik gambar dan beri pembayang menyukai wanita berkenaan),” ujarnya.

emma

Jika difikir-fikirkan, sebelum ini Zizan sendiri pernah menunjukkan kesetiaan dan keinginannya untuk bersama Emma selepas konflik perpisahan mereka dahulu.

Pun begitu, Emma pula dilihat sering memuat naik status ‘sentap’ dan kecewa di Instagram. Agaknya terasa dengan siapa pula tu? – MYNEWSHUB.CC

Video – Zizan Dan Emma Jawab Isu Putus

Sumber: Oh Bulan!

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori