Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Azmin Ali Muncul Selepas...

SUNGAI BESAR - Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang sebelum...

Kedah Lantik Peguam Urus...

HULU LANGAT : Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menegaskan,...

Pelancaran Jersi Baharu JDT...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) akan melancarkan jersi baharu pasukan...

10 Termasuk 9 Beranak...

SUBANG JAYA : Sepuluh individu termasuk lapan kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan treler...

Imigresen Perlis Berkas 83 Pendatang Asing Tanpa Izin

KANGAR – Jabatan Imigresen Perlis menahan 83 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) di dua tapak pembinaan di sini, hari ini.

Timbalan Pengarah jabatan itu Mohd Zulhilmi Zulkifly berkata mereka terdiri daripada warganegara Indonesia, Bangladesh dan Myanmar yang berumur dalam lingkungan 20-an hingga 65 tahun selain dua kanak-kanak berumur 2 dan 3 tahun.

“Siasatan awal kami mendapati seorang kanak-kanak perempuan berumur 2 tahun lahir di rumah kongsi di negara ini. Permit kerja bapanya, warga Indonesia, telah tamat tempoh.

“Ini bermakna mereka telah lama berada di negara ini dan berpindah tempat kerja. Serbuan dibuat hasil maklumat orang ramai,” katanya pada sidang media di sini.

Selain kesalahan permit kerja tamat tempoh antara tiga dan enam bulan, mereka juga bekerja secara haram di negara ini tanpa dokumen perjalanan sah.


Dalam operasi dari 10 pagi hingga tengah hari tadi, Jabatan Imigresen Perlis dibantu oleh anggota Jabatan Sukarelawan (Rela) dan Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Perlis.

Seorang PATI warganegara Indonesia cedera ringan pada kakinya ketika cuba melarikan diri semasa pasukannya menyerbu satu daripada tapak pembinaan itu, kata Mohd Zulhilmi.

Kesemua PATI itu akan direman selama 14 hari bagi membolehkan siasatan dijalankan, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori