Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Jurugambar Lalukan Amang Seksual...

PASIR MAS : Seorang jurugambar didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Bersama Kembalikan Kegemilangan Cherating

KUANTAN - Kerajaan negeri Pahang memohon penggiat industri pelancongan bekerjasama dalam usaha mengembalikan...

Erra Tertekan Hubungan Baik...

RASANYA peminat hiburan sendiri sudah maklum mengenai hubungan cinta yang terjalin antara Erra...

SESB Aktifkan Bilik Gerakan...

KOTA KINABALU - Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengaktifkan Bilik Gerakan Banjir di...

Indonesia Mahu Pastikan M’sia Berjaya Sebagai Pengerusi ASEAN

KUALA LUMPUR – Indonesia komited membantu Malaysia memimpin kumpulan serantau ASEAN sepanjang tahun ini.

Komitmen itu dizahirkan Duta Besar Indonesia di Malaysia, Herman Prayitno, yang berkata ia meliputi usaha membawa ASEAN lebih dekat kepada 625 juta penduduk di 10 negara anggotanya.

Herman berkata pada masa ini, aspek perhubungan perlu diberi lebih perhatian supaya hasrat membentuk Komuniti Ekonomi ASEAN terlaksana dan dapat memberi limpahan hasil kepada penduduknya.

“Kita mendorong membantu agar Malaysia sukses dalam memimpin ASEAN sepanjang 2015. Kita akan berpartisipasi aktif sehingga agenda-agenda yang telah disusun Malaysia, saya kira akan disokong Indonesia.

“Kita tunggu permintaan Malaysia dan kita akan bantu sebisa mungkin,” katanya dalam temu bual khas dengan Bernama di Kedutaan Besar Indonesia di sini, baru-baru ini.

Malaysia mengambil alih tugas sebagai Pengerusi ASEAN daripada Myanmar pada waktu penting di mana penubuhan Komuniti ASEAN bakal menjadi kenyataan menjelang akhir 2015.

Penubuhan Komuniti ASEAN melibatkan tiga pelan pembangunan iaitu Komuniti Ekonomi ASEAN, Komuniti Keselamatan-Politik dan Komuniti Sosiobudaya.

Mengemudi kumpulan serantau itu supaya lebih dekat dengan rakyat merupakan satu daripada lapan keutamaan yang dikemukakan Malaysia untuk ASEAN tahun ini.

Keutamaan lain termasuk menubuhkan secara rasmi Komuniti ASEAN; membangunkan wawasan Komuniti ASEAN Pasca 2015 dan Dokumen Pengiringnya; serta memperluas perdagangan dan pelaburan intra-ASEAN menerusi pelaburan dan perdagangan rentas sempadan.


Herman berkata ekonomi di rantau ASEAN akan lebih mudah dibangunkan jika negara-negara anggotanya mempunyai perhubungan yang baik.

Bagi tujuan itu, beliau yakin pada masa ini kesemua negara terlibat sedang bersiap-sedia supaya mampu mengikuti aturan-aturan baharu yang disediakan untuk kemajuan Komuniti ASEAN.

Ditanya bagaimana Indonesia dan Malaysia boleh memainkan peranan menyelesaikan konflik di rantau ini serta di platform antarabangsa, Herman berkata kedua-dua negara mahukan keamanan sejagat.

“Indonesia dan Malaysia memang sangat diharapkan bisa berperanan besar. Kita juga selalu kirimkan pasukan perdamaian (di lokasi-lokasi konflik). Kita di Indonesia mahu segala masalah diselesaikan dengan cara ASEAN iaitu dengan diplomasi dan bukannya dengan kekerasan,” jelas beliau.

Pendirian itu, katanya turut terpakai dalam usaha memerangi golongan militan termasuk kumpulan IS di rantau ASEAN.

Menurutnya sebuah badan antikeganasan di Indonesia teriri daripada pihak polis sentiasa bekerjasama dengan Malaysia untuk menyelesaikan sebarang konflik berhubung perkara itu.

“Kita (Indonesia) tidak bersetuju (dengan kumpulan militan IS). Kita melarang. Kalau ada yang ditangkap, kita akan berikan penjelasan kepada mereka bahawa tidak boleh ikut (perjuangan IS),” kata beliau. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ASEAN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori