Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

UM Jelas Sebab Keluar...

KUALA LUMPUR - Universiti Malaya (UM) mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada empat orang...

Penyampai Berita Nightline TV3,...

PETALING JAYA – Penyampai berita Nightline TV3, Raymond Goh atau nama Islamnya, Mohd....

Harga Runcit RON97 Kekal...

KUALA LUMPUR - Harga runcit RON97 pada RM2.25 seliter bagi April sudah diambil...

3 Lagi Program ‘Outreach’...

JELI - Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jeli akan mengadakan tiga lagi program ‘outreach’...

Ismail Sabri Anggap Isu Boikot Peniaga Selesai

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menganggap isu boikot peniaga yang mencetuskan sentimen perkauman selesai.

Beliau berkata fokus utama yang perlu diberi perhatian oleh semua pihak masa kini adalah menurunkan harga barang untuk kepentingan rakyat dan bukannya isu perkauman.

“Bagi saya, saya anggap isu itu selesai. Kabinet sudah buat keputusan dan mahu kita bergerak ke hadapan…saya dan YB Liow (Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai) bersetuju supaya kita hentikan perkara ini kerana ia tidak menguntungkan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Jihad Membasmi Orang Tengah dan Penurunan Harga Barang di sini hari ini anjuran Pasaraya Syes.

Menyentuh perkara lain, beliau mahukan penggunaan orang tengah untuk barangan berasaskan pertanian dihentikan bagi memastikan peniaga menjualnya dengan harga lebih murah.


“Usaha untuk mengurangkan kebergantungan orang tengah bukan mudah memandangkan ia sudah menjadi budaya hidup kepada pengeluar.

“Namun kementerian ada menyediakan alternatif termasuk menyalurkan produk pengeluar kepada agensi berkaitan seperti FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) untuk dipasarkan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori