Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Elektrik Haram: SESB Perlu...

TAWAU - Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) perlu bertindak tegas dalam menangani kegiatan...

Agenda Transformasi Parlimen Dibawa...

KUALA LUMPUR - Agenda Transformasi Parlimen akan akan dibawa kepada Perdana Menteri, Datuk Seri...

Kanak-Kanak Maut, 6 Cedera...

TANGKAK - Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun maut, manakala enam lagi cedera selepas...

Mahathir Nafi Ekonomi Negara...

PUTRAJAYA - Tun Dr. Mahathir Mohamad menafikan ekonomi negara berada dalam keadaan teruk...

Ismail Sabri Mengaku Suruh Boikot Peniaga Cina Tamak

KECOH jadinya bila resit Kopitiam Old Town White Coffee menunjukkan terdapat menu berasaskan babi iaitu ‘toufu pork’ dijual di situ, tersebar di laman sosial hingga menjadi sensasi Internet.

Wakil kopitiam berkenaan bagaimanapun segera tampil dengan kenyataan bahawa berlaku kesilapan ejaan pada menu di resit tersebut di mana ‘toufu pork’ sepatutnya ditulis ‘Tau Fu Pok’ iaitu sejenis taufu goreng berasaskan soya.

Penjelasan ini sedikit sebanyak melegakan pelanggan Islam yang risau jika selama ini mereka telah memakan hidangan tidak halal di situ.

Bagaimanapun, ini bukan kes pertama membabitkan khilaf dalam hal sensitif pada produk makanan, sekaligus membayangkan kecuaian pihak terlibat untuk mengambil berat isu halal yang amat dipentingkan masyarakat majoriti beragama Islam di negara ini.

Dato' Sri Ismail Sabri
Dato’ Sri Ismail Sabri

Tak hairanlah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato’ Sri Ismail Sabri akhirnya ‘turun padang’ menegur segelintir pengguna Melayu di samping menyelar pemilik Old Town White Coffee yang juga orang kuat DAP iaitu Keluarga Ngeh yang terkenal anti-Islam.

Luahan hati beliau disuarakan menerusi status Facebook di bawah.

boikot peniaga cina (1)

Apabila ada yang bertanya adakah benar kenyataan tersebut keluar dari mulutnya sendiri, tanpa ragu beliau mengakuinya dan sedia bertanggungjawab.

tanggungjawab (1)

Menerusi status Facebook berkenaan, Ismail meluahkan rungutan terhadap sikap orang Melayu yang kadangkala membiarkan diri mereka dipermainkan apabila tidak bersatu memboikot barangan yang dinaikkan atas sebab tak munasabah oleh peniaga Cina begitu juga premis yang mempunyai isu berkaitan status halal meragukan.

Ismail berkata, orang Melayu adalah pengguna majoriti di negara ini maka jika mereka bersatu sudah pasti harga barangan terpaksa diturunkan dan status halal pun taklah dibuat main.

 BACA: Stigma Masyarakat Terhadap Coklat Cadbury, Hmm…


Tahun lalu, Kopitiam Old Town turut mencetuskan kontroversi berkaitan isu rasis apabila menulis dalam iklan mencari pekerja mereka cuma mengambil bangsa Cina dan Melayu sahaja.

Apabila perkara ini tersebar wakil syarikat meminta maaf dan memberi alasan iklan yang dikeluarkan cawangan francais mereka di Austin Heights itu tidak diketahui pengurusan atasan. Bagaimanapun ia didakwa tidak dikeluarkan dengan hasrat tak baik.

BACA: Apa Masalah Kopitiam Old Town Dengan Bangsa Malaysia?

Bagi kami Ismail adalah menteri yang benar-benar ‘walk the talk’ dan tegas lagi lantang dengan pendirian berkaitan kepenggunaan.

Bukan rahsia lagi pada Julai tahun lepas beliau telah bertindak memotong dan menamatkan perkhidmatan kad kredit dengan HSBC sebagai langkah protes kepada bank tersebut kerana menutup akaun yang ada kaitan dengan sumbangan untuk GAZA.

IMG-20140806-WA0163

Bravo datuk seri! Kadang-kadang bangsa kita memang kena ‘tampar’ sikit supaya terbangun daripada lena… -MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

Video – Ismail Sabri Tunjuk Bakat Menyanyi

https://www.youtube.com/watch?v=iKGyisL9MNY

1 komen

  1. Menteri naik bosan sebab kerajaan gak disalahkan harga tak turun. Padahal ini negara demokrasi. Harga barangan bukan didalm kawalan. Elok kita belajar dari struktur rangkaian perniagaan di Ukingdom. Baseline harga brg ditentukan dirangkaian hypermarket. Hypermarket yg bertaburan di seluruh negara dan ada pusat2 packaging n distribusi yg modern. Konsep pengeluaran masda kos per item jadi rendah. Struktur perniagaan di Malaysia masih tradisional. Sykt di uk public listed, dimalaysia masih kwcil2an. Terlalu byk peniaga kecil hingga referal harga bercelaru. Masing2 nk untung besar. Tapi wang pound yg mahal membuatkan harga import barang lebih murah. Ini berbeza sgt dgn situasi ringgit. Kesimpulannya, jika rangkaian supermaket dimalasia x mampu turun harga, peniaga kecil lagi x mampu turun jarga.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori