Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Perakam Suara Pesawat Sriwijaya...

JAKARTA - Perakam suara kokpit pesawat Boeing 737-500 milik Sriwijaya Air yang terhempas...

Penerima Bantuan JKM Perlu...

KUALA LUMPUR - Penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memang perlu mengemas kini...

Kos Makanan PATI Hampir...

SERDANG - Kerajaan membelanjakan hampir RM3.5 juta sebulan bagi menampung kos makanan pendatang...

801,773 Individu Sudah Terima...

KUALA LUMPUR - Seramai 287,737 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19...

Ismail Sabri Bagi Keterangan Polis Lepas Jokowi ‘Balik’

KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan kesediaan memberi keterangan kepada polis minggu depan berhubung isu kenyataannya mahukan pengguna memboikot peniaga yang enggan menurunkan harga barangan.

Bagaimanapun, tarikhnya belum ditetapkan lagi.

“Saya sudah bagi tahu kepada polis, selepas kunjungan Jokowi (Presiden Indonesia Joko Widodo) saya ada waktu.

“Mungkin minggu depan lapang lah sikit…hari apa saya tidak tahu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Jualan Turun Harga Pasar Tani di sini, hari ini.

Isnin lepas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyatakan dalam akaun twitternya bahawa polis akan memanggil Ismail Sabri untuk mengambil keterangan berhubung isu itu.


Sebelum ini, status yang dimuat naik Ismail Sabri di laman Facebooknya pada 1 Feb yang menggesa pengguna untuk menggunakan kuasa, memboikot perniagaan yang dijalankan secara tamak yang enggan menurunkan harga barangan walaupun harga bahan api sudah turun, telah mencetuskan reaksi kurang senang pihak tertentu.

Bagaimanapun, menteri itu tampil membuat penjelasan bahawa tujuan kenyataan itu dibuat untuk meminta rakyat menggunakan kuasa dan hak mereka sebagai pengguna menekan peniaga yang mengaut keuntungan berlebihan dan tidak ditujukan kepada kaum tertentu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori