Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pelajar Tingkatan Satu Lemas...

TASEK GELUGOR -Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Azmi Adam berkata...

About Solving a Problem...

The collection employees should get training which will enable them all to creditably...

[TRAGEDI BATANG KALI] 22...

HULU SELANGOR: Tiga lagi mayat runtuhan tanah di tiga tapak perkhemahan di sini...

Gambar: Sesi Persekolahan Di...

Sesi persekolahan yang baru bermula nampaknya meriah dengan pelbagai gambar anak-anak ke sekolah.Baik...

Isteri Presiden Indonesia Lawat Kompleks Kraf

KUALA LUMPUR – Demonstrasi mencanting batik menjadi antara tarikan utama kepada Iriana, isteri Presiden Indonesia Joko Widodo, ketika lawatannya ke Kompleks Kraf, Jalan Conlay di sini, hari ini.

Selain itu beliau dan rombongannya turut tertarik dengan demonstrasi tenunan batik tradisional.

Iriana turut dibawa melihat cara-cara ukiran hiasan kayu serta tembikar yang diperbuat daripada tanah liat selain melihat koleksi batik dan perhiasan yang terdapat di kompleks berkenaan.

Dalam lawatan itu, beliau diiringi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.


Presiden Joko Widodo dan Iriana adalah dalam rangka lawatan negara selama tiga hari bermula semalam atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Ia adalah lawatan sulung pemimpin itu ke negara ini selepas dilantik sebagai presiden Indonesia pada 20 Okt tahun lepas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori