Beberapa hari lalu, seorang individu memuat naik status berserta foto perilaku tindak sensitif sebuah butik kasut yang sengaja mempamerkan deretan jualan yang diperbuat dari kulit babi di ruang hadapan premisnya.
Kejadian yang dilaporkan berlaku di Queensbay Mall, Pulau Pinang itu melibatkan butik New Balance. Menurut si pengadu, sudahlah tidak sensitif, butik tersebut juga seperti sengaja menyembunyikan tanda amaran kulit babi apabila meletakkannya sedikit tersorok.
Akibatnya, ahli keluarga si pengadu yang sudah memegang kasut-kasut yang dipamerkan itu terpaksa melakukan proses sertu.
[TERDAHULU: New Balance Tak Sensitif, Letak Kasut Kulit Babi Di Rak Depan?]
Isu tersebut kemudiannya dikongsi ramai pengguna, termasuk akaun Friends of BN – Barisan Nasional di laman Facebook.
Tulis pengendali, “Kepada umat Islam, diharapkan berhati-hati dan jangan pegang atau mencuba kasut jenama New Balance ini. Jenama ini kian banyak dijual di pusat membeli belah terkemuka dalam negara.”
Bertindak atas aduan dan rungutan banyak pengguna di ruangan komen, pihak New Balance Malaysia tampil memberi maklum balas terhadap isu tersebut.
Melalui ruangan Facebook, New Balance Malaysia membuat kenyataan mohon maaf atas insiden yang menimpa si pengadu dan mengambil langkah segera bagi menghormati pelanggan Islam yang mengunjungi butik mereka.
“Kami dari New Balance Malaysia meminta maaf atas insiden yang berlaku semenjak lalu atas isu kasut kulit khinzir di kedai New Balance. Kami faham tahap keseriusan isu ini dan tindakan telah dilaksanakan dengan serta merta.
“Ini adalah satu langkah di mana tindakan telah diambil untuk menghormati pelawat-pelawat beragama Islam yang mengunjungi kedai New Balance.”
Dalam foto yang dimuat naik oleh akaun New Balance Malaysia, ia menyenaraikan tiga langkah yang diambil bagi menangani kes sedemikian dari berulang.
Pertama, butik tersebut bakal meletakkan papan tanda yang lebih besar bagi memaklumkan tentang penggunaan kulit babi pada mana-mana produk jualannya.
Kedua, kedudukan papan tanda tersebut akan diletakkan di kawasan-kawasan yang mudah dilihat agar pengguna tidak terlepas pandang, lantas tersebut kasut berkenaan.
Terakhir, kasut-kasut yang memiliki bahan berasaskan kulit babi akan dibalut sebagai ‘double protection‘.
Justeru, buat pengguna di luar sana, anda haruslah peka selepas ini ketika membeli belah. Yelah, sesetengah individu ni memang ‘lupa diri’ lepas nampak papan tanda ‘Sale’. Tak gitu? – MYNEWSHUB.CC
Cara Untuk Sertu