TERJAWAB juga kemusykilan kami mengenai kisah pelawak Jep Sepahtu yang dikatakan mengamuk di belakang pentas selepas tewas kepada kumpulan Zero dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014, baru-baru ini.
Menerusi laporan media tempatan, Jep tampil menjelaskan bahawa isu itu adalah fitnah semata-mata dan mahu mengambil tindakan saman terhadap akhbar yang memulakan cerita tersebut.
BACA:  Jep Mengamuk Sepahtu Hanya Raih Naib Juara MLM?
Menurutnya tidak ada apa-apa berlaku pada malam itu, sebaliknya dia dan Shuib terus dibawa ke bilik sidang akhbar oleh dua kakitangan Astro.
Jep memberitahu, dua kakitangan itu menjadi saksi yang dia tidak mengamuk seperti digembar-gemburkan sebelum ini.
Kini, dia sudah mendapatkan khidmat nasihat peguam untuk menyelesaikan kes tersebut.
Yalah, siapa yang tak musykil kalau mengenangkan sikap Jep Sepahtu yang selama ini memang dikenali sebagai seorang yang low profile dan jarang melatah dengan gosip yang melanda dirinya.
Apapun, kita tunggu dan lihat saja apa yang akan berlaku selepas ini…
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=mfKsowH3M2E
Oleh: Elza