Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

10 Pengayuh Basikal Negara...

NEPAL - Sepuluh pengayuh basikal negara yang menyertai Ekspedisi Kayuhan Altitud Tinggi Annapurna...

Pemegang ASB Terima Dividen...

KUALA LUMPUR - Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.50...

Jangan Ketepikan Mereka Yang...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu mereka yang menang...

Taufan Hato, Vietnam Airlines...

HANOI - Syarikat penerbangan Vietnam Airlines (VA) menyemak semula jadual penerbangan antara Hanoi,...

Ivory Lancarkan Kad Keistimewaan Untuk Pembeli Dan Pelabur Setia

GEORGETOWN – Syarikat pemaju dari Pulau Pinang, Ivory Properties Group Bhd (Ivory) telah melancarkan program Kad Keistimewaan Ivory sebagai ganjaran untuk para pelabur dan pembeli setianya.

Ketua Pegawai Eksekutif Ivory, Datuk Low Eng Hock berkata kad tersebut yang menawarkan beberapa faedah terdapat dalam tiga kategori iaitu berlian, platinum dan emas.

“Kami mengiktiraf kesetiaan mereka yang setia membeli hartanah Ivory sejak dari 15 tahun lepas. Sekarang sudah sampai masa untuk kami memberi mereka diskaun dalam beberapa kategori,” katanya selepas melancarkan Kad Keistimewaan Ivory di sini hari ini.

Katanya, pemegang kad berlian akan menerima ganjaran pelanggan setia iaitu diskaun antara dua hingga tiga peratus, bergantung kepada jenis projek dan mata pencadang sebanyak 1.5 peratus jika berjaya mempengaruhi keluaga dan rakan-rakan untuk membeli mana-mana projek hartanah Ivory.


Pemegang kad Platinum pula menikmati ganjaran pelanggan setia sebanyak satu peratus dan satu peratus lagi sebagai mata pencadang, manakala pemegang kad emas menikmati masing-masing diskaun dan mata sebanyak 0.5 peratus.

“Mereka yang mempunyai pembelian terkumpul hartanah Ivory sebanyak RM1 juta ke atas akan layak memohon kad emas. Mereka yang berbelanja RM2 juta akan mendapat kad platinum dan pembelian RM3 juta ke atas, melayakkan mereka untuk kad berlian,” kata Low.

Katanya, keahlian juga mendapat rebet ke atas pelbagai gaya hidup, diskaun runcit dan keistimewaan lain daripada peruncit yang terlibat, bermula daripada hiburan, hotel, aksesori, gaya hidup dan rumah serta pembangunan peribadi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori