Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Manifestasi Bebangkitan Melayu Dan...

KUANTAN - Himpunan Perpaduan Ummah yang diadakan di Padang Majlis Perbandaran Kuantan 1...

UNIKL BMI Sedia Uruskan...

UNIVERSITI Kuala Lumpur British Malaysian Istitute (UNIKL BMI) bersedia untuk menguruskan sepenuhnya urusan...

PRK: Keluar Mengundi, Jangan...

Johor Bahru : Pengundi di Parlimen Pulai diingatkan untuk mengambil pengajaran yang berlaku...

Seorang Lelaki Cedera Dalam...

KOTA KINABALU - Seorang lelaki berusia 30-an cedera setelah cuba menghalang sekumpulan tiga...

Jabatan Bomba, Penyelamat Malaysia Sedia Hadapi Musim Kemarau

KOTA BAHARU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersedia berdepan cuaca panas dan musim kemarau yang dijangka melanda negara pada penghujung Mei depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata persiapan rapi itu adalah bagi memastikan sebarang operasi dilakukan kelak berjalan lancar.

“Kita telah pastikan segala peralatan serta jentera termasuk pelbagai peralatan baharu siap-sedia untuk digunakan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Perkhidmatan Cemerlang di Kota Baharu, Isnin.

Wan Mohd Nor berkata orang ramai dinasihatkan tidak melakukan pembakaran terbuka yang boleh menyebabkan kebakaran lebih besar hingga sukar dikawal.


Dalam perkembangan lain, beliau berkata pada tahun lepas pihaknya telah menerima 99,930 panggilan kecemasan daripada orang awam.

“Jumlah panggilan meningkat 42 peratus berbanding 2013 iaitu 68,380 panggilan disebabkan banjir besar dan kemarau,” katanya. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=4mh_rP3opvg

  • Lagi berita berkaitan:
  • Bomba

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori