Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pengundi Di Sungai Besar...

SUNGAI BESAR - Penduduk dan pengundi di Sungai Besar rata-rata berpuas hati dengan...

Ahli Parlimen Bukit Gantang...

SELEPAS ahli parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali mengumumkan keluar parti,...

Anwar Ibrahim Umum Pakatan...

BEKAS Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan setelah didapati bersalah...

Mahathir Hina Graduan Berniaga...

CELUPAR... Hanya kerana mahu hasut rakyat konon ekonomi Malaysia teruk, Tun Dr. Mahathir...

Jabatan Penjara Nafi DSAI Bawa Telefon Bimbit

KUALA LUMPUR – Jabatan Penjara Malaysia menafikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) diberikan keistimewaan dari segi kebenaran membawa telefon bimbit dan pakaian khas ketika hadir di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini semalam.

Timbalan Pengarah Dasar Kepenjaraan, Supri Hashim berkata, gambar yang viral di media sosial memperlihatkan Anwar memegang telefon bimbit adalah ketika beliau hadir di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 10 Februari lalu.

“Ketika itu, DSAI masih seorang awam yang bebas dan masih di luar kawalan pihak penjara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut,  Supri berkata, dari segi etika berpakaian Anwar semalam, semuanya menepati garis panduan yang terkandung dalam Akta Penjara (Pindaan) 2008 dan Peraturan Penjara 2000.

“Setiap banduan yang dibawa untuk menghadiri perbicaraan di mahkamah atau menghadiri apa-apa program yang diluluskan oleh Jabatan Penjara dibolehkan memakai pakaian sendiri kecuali jika banduan berkenaan tidak ada pakaian atau tidak mempunyai pakaian sendiri yang bersesuaian.

“Ketika dibawa ke mahkamah Jalan Duta, DSAI memakai pakaian sendiri, kemeja lengan panjang berwarna kebiru-biruan manakala gambar yang diviralkan di media sosial adalah pakaian yang berwarna lain.

“Jabatan Penjara mempunyai standard operating procedure iaitu Perintah Tetap Ketua Pengarah Penjara berhubung pakaian banduan semasa hadir bicara,” jelasnya.

Anwar yang kini menjalani hukuman penjara 6 tahun atas kesalahan meliwat hadir di mahkamah semalam untuk memberi keterangan dalam kes saman fitnah yang difailkan olehnya terhadap Menteri Luar Datuk, Seri Anifah Aman

Berhubungan isu Anwar tidak digari, beliau menjelaskan, banduan yang dibawa ke luar dari penjara tidak semestinya bergari seperti ketika banduan dibawa menghadiri perbicaraan atau apa-apa program di luar penjara.

“Prosedur itu dilaksanakan kepada semua banduan dan bukan hanya DSAI sahaja,” katanya.


Kata beliau, gari hanya digunakan ke atas banduan yang berisiko, cuba melarikan diri, berpotensi mencederakan diri sendiri atau orang lain.-MYNEWSHUB.CC

 

IMG-20150218-WA0000 wm

 

IMG-20150218-WA0001 wm

 

anwar phone

-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori