Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Dr. Irmohizam: Nampak Skema...

YB Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim kini empat tahun sudah menjadi Ahli Parlimen....

Polis Buka Kertas Siasatan...

RAWANG - Polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian seorang kanak-kanak tercampak keluar dari...

SME ASEAN Perlu Daya...

KUALA LUMPUR - Perusahaan kecil dan sederhana (SME) ASEAN perlu membina daya tahan...

Mangsa Banjir Di Pahang...

KUANTAN - Lima pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Raub masih kekal...

Maksiat Hari Kekasih: 11 Pasangan Dicekup Di Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) menahan 11 pasangan yang dipercayai bersekedudukan tanpa ikatan sah dalam Operasi Mawar Merah sempena Hari Kekasih, sejak petang semalam hingga awal hari ini.

Penolong Pegawai Penguat kuasa JAIJ, Hafiz Abd Rahman, berkata operasi bermula 3 petang semalam berakhir sekitar 4 pagi tadi itu menumpukan premis hotel di sekitar bandar raya ini sebagai sasaran utama.

“Operasi mencegah aktiviti tidak bermoral berkenaan dimulakan pada siang hari kerana sedar ia boleh berlaku pada bila-bila masa lebih-lebih lagi ketika sambutan Hari Kekasih seperti ini.

“Jangkaan itu tepat kerana daripada 10 serbuan yang dilakukan pada sebelah siang, sebanyak dua pasangan yang bukan suami isteri ditemui sedang bersekedudukan di dalam bilik hotel,” katanya kepada pemberita selepas operasi terbabit berakhir.

Hafiz berkata, secara keseluruhan, sebanyak 30 serbuan dilakukan dalam operasi yang disertai 20 anggota dan pegawai Bahagian Penguat kuasa JAIJ.

Beliau berkata, semua 11 pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana disyaki berkhalwat, yang boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hafiz berkata, dalam operasi itu, JAIJ turut dikejutkan dengan penemuan seorang wanita berumur 32 tahun dan bayinya yang dipercayai anak luar nikah yang masih belum didaftarkan di dalam satu daripada bilik hotel yang diserbu.


“Bagi kes ini, JAIJ mengeluarkan notis untuk hadir ke pejabat JAIJ untuk membantu siasatan kerana disyaki atas kesalahan persetubuhan luar nikah,” katanya.

Menurut Hafiz, antara yang turut ditahan dalam operasi berkenaan adalah wanita berumur 22 tahun dari negeri pantai timur yang datang ke sini untuk menemui pasangannya, iaitu rakyat tempatan yang bekerja di Singapura.

Katanya, daripada rekod yang diperoleh daripada pihak hotel, pasangan berkenaan didapati sudah mula menginap di hotel berkenaan pada malam sebelum serbuan dilakukan.

– BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=0KCUHshBrbU

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori