Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Boleh Ke Anak-Anak Dibenarkan...

KEPALA BATAS - Usia mereka masih mentah tetapi mereka sentiasa dilihat berkeliaran membuat...

Covid-19: China Hantar Bantuan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan China hari ini menghantar bekalan perubatan ke Hospital Sungai...

Tak Pasti Harga Naik...

KUALA LUMPUR - Dikatakan bahawa harga ayam turut naik semasa musim hari raya...

Jangan Jual Undi Untuk...

SRI AMAN - Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa pengundi di kawasan Dewan...

Jalan Taiping Villa Terputus Akibat Tanah Runtuh

IPOH – Kejadian tanah runtuh di kawasan perumahan di Jalan Taiping Villa, Taman Taiping dekat sini, menyebabkan laluan utama sepanjang 100 meter itu terputus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping Hasna Rashid berkata kejadian kira-kira pukul 7.35 malam tadi berlaku apabila bukit setinggi 15 meter runtuh dan pokok-pokok tumbang di atas jalan utama itu.

“Dua buah rumah sejauh enam meter dari bukit terbabit terjejas apabila runtuhan mengenai pagar rumah berkenaan manakala pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) tertimbus,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu berpunca daripada hujan lebat sejak petang Rabu.

Hasna berkata tiada mangsa terlibat dan ketika kejadian penghuni rumah berkenaan tiada di rumah.


Beliau berkata kerja mengalihkan pokok dan tanah runtuh sedang dijalankan oleh pihak kontraktor.

“Anggota bomba sedang membuat pemantauan di lokasi kejadian. Agensi terlibat adalah Jabatan Kerja Raya, polis, TNB dan Lembaga Air Perak,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori