JENAZAH mangsa kelar yang juga penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM), Norsyuhada Johari, 19, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan, Jitra, sekitar jam 11 pagi tadi.
Allahyarham meninggal dunia selepas dibunuh di kilometer 228.2, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, berhampiran Bukit Gantang tengah hari Isnin.
[BERKAITAN: Tukang Masak Direman Tujuh Hari Disyaki Kelar Penuntut UiTM]
Memetik laporan Berita Harian, jenazah Norsyuhada yang juga anak kedua daripada enam beradik disembahyangkan di Masjid Kampung Cherok Mokkan sebelum dikebumikan.
Gadis tersebut yang merupakan pelajar tahun pertama jurusan Perhotelan, UiTM Pulau Pinang dikelar dan ditikam di leher oleh seorang kenalan lelaki yang kini ditahan reman selaku suspek utama insiden tragis tersebut.
Mangsa dikatakan bertengkar dengan lelaki tersebut di dalam kereta sebelum kejadian malang itu menimpanya. -MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=ecZF71a0UYU