Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Ramai Tampil Cerita Kisah...

Sudah banyak ditulis tentang keluarga bekas datin dan permintaan serta helah melampaunya dalam...

Pendidikan Alam Sekitar Akan...

MELAKA - Kementerian Sumber Asli dan Alam Seklitar merancang untuk menjadikan pendidikan...

Kelantan Dapat Pengurangan Denda...

KUALA LUMPUR - Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) menerima rayuan Persatuan Bola...

Penutup Hidung Dan Mulut...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membenarkan import penutup mulut dan...

Jep Mengamuk Sepahtu Hanya Raih Naib Juara MLM?

MAKIN laku nampaknya pelawak-pelawak tempatan… jika tadi kami kongsikan kisah Shaiful Zero, kali ini ada cerita kurang enak yang dikaitkan dengan Jep, ahli kumpulan Sepahtu.

Menerusi artikel di ruangan pojok sebuah akhbar mingguan baru-baru ini, Jep dikatakan berang apabila kumpulan yang dianggotainya bersama Shuib itu hanya meraih tempat kedua di belakang kumpulan underdog, Zero.

Artikel itu menulis, Jep mengamuk dan meluahkan rasa tidak puas hati di belakang pentas selepas Zero diumumkan sebagai juara pada malam tersebut.

Jep juga dikatakan ada mengeluarkan kata-kata makian dan memberi amaran untuk mendapatkan dalang yang menyebabkan Sepahtu tewas sekaligus tidak dapat membawa pulang gelaran juara bertahan untuk program lawak nombor satu negara itu.

Hmmm, kalau dilihatkan daripada sisi peribadi Jep yang agak low profile dan selalu tenang, tak mungkinlah cerita sebegini benar-benar berlaku, ke ini hanya satu khabar angin jahat yang ingin ‘mengacau’ kerjaya Jep di saat namanya kini kian berada di puncak?


Kita tunggu sahaja jawapan balas dan respons Jep berhubung isu ini nanti ya!

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=2x-nBdK1YpM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori