Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Majikan Wajib Pastikan Pekerja...

KUALA LUMPUR - Bermula hari ini, kerajaan mewajibkan semua majikan di seluruh negara...

6 Peserta Ekspedisi Perpaduan...

SEPANG : Enam peserta Ekspedisi Perpaduan Watikah Kemerdekaan 66, London-Kuala Lumpur 2023, berlepas...

Jokowi Bangga Berbusana Bugis...

JAKARTA - Kisah keceluparan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad menghina etnik...

Jangkitan Covid-19 Bukan Satu...

JAGUH baling tukul besi negara, Jackie Wong memberi amaran jangkitan Covid-19 bukan satu jenaka...

Jingga 13 Desak Polis Bebaskan Fariz Musa

KUALA LUMPUR – Pertubuhan propembangkang, Jingga 13 membantah tindakan pihak polis menahan ketuanya, Fariz Musa kerana menyertai perhimpunan haram ‪#‎KitaLawan‬ di pusat beli-belah Sogo di sini petang semalam.

Ketua Koordinator Penerangannya yang cuma mahu dikenali sebagai Orenji mendakwa, Jingga 13 turut membantah penahanan bekas aktivis mahasiswa, Adam Adli.

“Malaysia terkenal sebagai salah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi secara meluas. Sebagai sebuah negara demokrasi maka sudah semestinya kebebasan bersuara menjadi ciri utama yang menunjangi proses demokrasi itu sendiri,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Orenji meminta pihak polis membebaskan Fariz dan Adam serta-merta bagi menghormati hak demokrasi rakyat Malaysia sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


Fariz dan Adam ditahan ketika menyertai perhimpunan menuntut kebebasan untuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat di hadapan Sogo.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori