Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tony Pua Tidak Patut...

KUALA LUMPUR - Anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Tony Pua kini berdolak-dalik...

Wajarkah Sokongan Asing Untuk...

*Kami paparkan artikel THE MALAYSIAN INSIDER di bawah yang kami rasakan, ada benarnya....

Lelaki Ditangkap Beli Isteri...

China – Ia merupakan satu perbuatan yang menjijikkan. Bagaimana lelaki ini yang hanya...

24 Calon Perajurit Muda...

SEREMBAN - Lima orang termasuk dua anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Joe Flizzow: Tiada Perancangan Hidupkan Semula Too Phat

PEMINAT setia duo hip hop Too Phat nampaknya sudah boleh melupakan hasrat mahu melihat kumpulan ini kembali bergabung seperti zaman kegemilangan mereka sebelum ini.

BACA: Malique Ucap Tahniah Kepada Joe, Nafi Ada Akaun Media Sosial 

Ini kerana menurut Joe Flizzow, dia tiada sebarang perancangan untuk menghidupkan semula Too Phat di masa hadapan.

“Buat masa sekarang memang tiada sebarang perancangan untuk menghidupkan semula Too Phat. Kalau nak menjayakan kumpulan tersebut bukan hanya melibatkan dua orang sahaja kerana Too Phat juga mempunyai DJ, penari dan pihak pengurusan.

“Kalau semua orang boleh beri komitmen maka proses itu akan jadi senang. Buat masa sekarang saya tiada komunikasi dengan mana-mana pihak mengenai hal itu. Saya tidak mahu bagi harapan kepada peminat. Senang cerita, Too Phat tidak akan terjadi.


“Apa yang saya cuba sampaikan adalah komitmen itu perlu ada. Saya rasa kalau ada komitmen itu, mungkin Too Phat akan ditubuhkan. Kalau ikutkan hati memang nak kembali semula bersama Too Phat,” katanya memetik laporan Mangga Online.

Too Phat yang popular dengan Alhamdulillah dan Anak Ayam ditubuhkan lewat 90-an, turut dianggotai oleh Malique Ibrahim yang kini lebih selesa berada di belakang tabir menerusi syarikat muziknya sendiri, Qarma Musiq. -MYNEWSHUB.CC

too phat

https://www.youtube.com/watch?v=AKugH7emFZE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori