Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

BN Umum Calon PRK...

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) bakal mengumumkan secara rasmi calon yang akan...

Polis Siasat Kes Lepaskan...

SHAH ALAM - Polis sedang mengesan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang dipercayai...

Internet Bukan Jadi Medium...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengingatkan bahawa...

Lemas: Kehilangan Dua Penyerang...

HULU SELANGOR - Dua daripada lapan murid Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1...

Johan As’ari Akui Wujud Cinta Lokasi Dengan Puteri Najwa

PETALING JAYA – Pelakon Johan As’ari mengakui wujudnya ‘cinta lokasi’ diantaranya dengan aktres Puteri Najwa ketika mereka sama-sama menjayakan drama bersiri terbitan Temenggong Pictures Sdn Bhd iaitu Waris Kasih.

Johan atau nama sebenarnya Johan Arrif As’ari, 29, bagaimanapun berkata, perasaan itu wujud hanya semata-mata untuk menjiwai watak memandangkan mereka bergandingan sebagai pasangan kekasih dalam drama bersiri itu.

“Sebagai seorang pelakon, ‘cinta lokasi’ itu perlu ada dalam memberikan komitmen kepada watak yang dijayakan bersama heroin sesebuah drama atau pun filem.

“Saya akui wujud hubungan itu dengan Puteri Najwa tetapi ia sekadar untuk kami mendapatkan keserasian dalam mendalami watak yang diamanahkan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Ahad.

Johan mengulas laporan ruangan gosip sebuah akhbar pada Ahad yang mendakwa Johan cuba bermain cinta dengan Puteri Najwa dan tindakannya itu mendapat perhatian daripada produksi.

Drama bersiri Waris Kasih bakal bersiaran menerusi slot Azalea di TV3 tidak lama lagi.

Dalam pada itu, menjelaskan mengenai perkara itu, Johan berkata, hubungannya dengan Puteri Najwa kelihatan akrab berkemungkinan faktor hanya mereka berdua terlibat ketika penggambaran diadakan di Sungai Lembing, Kuantan Pahang.

Jelas Johan, dia tidak mempunyai sebarang niat tidak baik terhadap aktres itu apatah lagi cuba memikatnya kerana menghormati wanita berkenaan.

“Kami rapat sebab tiada pelakon lain ketika penggambaran di sana kerana banyak babak hanya melibatkan kami sahaja. Itu pun Puteri Najwa tidak berada lama di Sungai Lembing.


“Mungkin apa yang orang lain lihat cuma tanggapan mereka sahaja wahal tiada apa-apa berlaku diantara kami,” jelasnya lagi.

Johan turut menegaskan ‘cinta lokasi’ itu tidak terbawa-bawa sehingga ke luar lokasi dan menjelaskan hubungannya mereka sekadar teman biasa sahaja.

Malah kata Johan, selepas beberapa kali kecundang dalam percintaan dia kini tidak terlalu memikirkan soal cinta sebaliknya ingin memberi fokus kepada kerjaya lakonannya.

“Banyak pengajaran yang saya dapat daripada pengalaman lalu dan saya sekarang tidak mempunyai teman istimewa dengan mana-mana wanita termasuk Puteri Najwa.

“Selepas selesai penggambaran Waris Kasih kami juga tidak ada berjumpa,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Johan berkata, dia kini sedang berehat seketika sebelum memasuki set penggambaran drama berjudul Megat Panji Alam untuk siaran TV Al-Hijrah.

Selain itu katanya, empat buah filem lakonannya iaitu Juvana 2, Juvana 3, Tujuh dan Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior bakal ditayangkan dipawagam pada tahun ini. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori