Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Gadis Kacukan Dimahkota Miss...

Bagi edisi 2015, pertandingan ratu cantik Miss Universe Malaysia menobatkan gadis berusia 24...

Polis Kedah Tahan 4...

ALOR SETAR - Polis Kedah menahan tiga lelaki warga Thailand dan seorang wanita...

Tangguh MyBeras Elak Isi...

KUALA KANGSAR - Penangguhan program MyBeras yang sepatutnya bermula semalam (1 Jun) bertujuan...

Sultan Kedah Rasmi Masjid...

PADANG TERAP - Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah hari ini...

Johor Bakal Tubuhkan Koperasi Barangan Harga Berpatutuan

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri Johor akan bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) untuk menubuhkan koperasi barangan harga berpatutan bagi membantu masyarakat di negeri itu menangani kos sara hidup yang tinggi.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata selain rancangan itu, kerajaan negeri juga pada masa sama akan memastikan rakyat negeri ini mempunyai aksesibiliti untuk memiliki rumah mampu milik.

“Kita sedar Johor Baharu ketika ini berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi dan untuk itu kita perlu tahu apakah tindakan-tindakan yang boleh dilakukan untuk kita kurangkan kesan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Malam Gemilang 30 Tahun Pasar Tani Johor di sini, malam ini.

Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Sementara itu, Badruddin berkata pihaknya sedang mengenal pasti tanah-tanah kerajaan yang tidak digunakan untuk dibangunkan projek tanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan sebagainya di negara ini.


Menurutnya, dengan penerokaan tanah tersebut, ia juga akan membuka peluang kepada projek-projek kontrak ladang, yang ketika ini hanya disertai sebanyak 400 peserta di negeri Johor.

“Selain itu, kita pada masa sama turut menggalakkan usahawan belia melibatkan diri dalam projek Pasar Komuniti dan Karavan kerana ia dapat meningkatkan lagi pendapatan berbanding hanya berniaga biasa,” katanya.

FAMA menyasarkan 1,000 Pasar Komuniti dan Karavan ditubuh di seluruh negara menjelang 2020. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori